Tuesday, February 23, 2010

Pandangan yang menyejukkan mata.


SHANGRILA PUTRAJAYA..
Bukanlah akak nak berkempen mengenai hotel ini... pun bukan nak menggalakkan sesiapa datang kesini. Tapi, sebagai memberi pandangan dari akak yang pernah berkali-kali kemari untuk berbuka puasa dan baru sekali bermalam di sini... hotel ini memang sesuai menjadi tempat pilihan untuk beristirehat minda dan fizikal.

Landscaping yang berasaskan tema taman dalam hotel... luar hotel... tepi hotel... memang menyejukkan pandangan mata. Tak perlulah nak masuk hutan untuk menikmati keindahan sebegitu.

Kakcik dan fa,
amacam?... setuju jika kita jadikan sini tempat berehat untuk semalam... takpun kita duduk pada satu hujung minggu untuk hi-tea.... ataupun pada sesapa yang berminat?.... ( Pernah menyuarakan cadangan tapi pernah tak dapat sambutan itu yang bertanya pada Fa dan kakcik saja dahulu... jika mahu ikut turut serta... jom kita beramai-ramai.... )


Dalam ruangan spa yang terdiri dari kolam jakuzzi, steam bath dan sauna.

Kolam jakuzzi yang menambat hati untuk mencuba..

Pemandangan sebahagian dari Putrajaya dari kolam renang.

Inilah pemandangan dalam hotel yang paling memikat hati... kehijauan pokok2 fern...


11 comments:

  1. NAK JOIN!!!!!! sius ni kak (^_^)

    ReplyDelete
  2. Salam Mah..
    ala..lambat lagi....
    luv QJ.

    ReplyDelete
  3. adoyai..beghape hengget kalo duduk semalam tu? kalo mahei bebenor teman tidoq dalam kete teman je leeee....kihkihkih

    ReplyDelete
  4. QJ,
    walaupun lambat..... i tetap tunggu uuuuu.....
    (wink..wink...wink..)

    fa,
    kalo mahei... kita suma pakat tidor dlm kete mike yer..... beransor siket.... teman nak tengah2..)

    ReplyDelete
  5. Kak Rahmah,
    boleh join lagi ke, dalam kolam tu muat berapa orang sekali duduk?

    ReplyDelete
  6. eleena,
    bukan dlm kolam... dlm keta fa....
    kolam tu ramai pun boleh... dia bulat... kita duduk keliling... bowak2.. best jugak kan...

    ReplyDelete
  7. akak nak tengah sebab takut hantu ye?

    lee, sambil bowak2 dalam kolam, kita sental2 daki di badan...hahahaha.....

    ReplyDelete
  8. fa,
    bukan takut antu....
    sajer.. jer...
    (sambil mata bulat menerangkan.. nak buktikan tak takot..)

    ReplyDelete
  9. Kak, takpe la..bior ai mengalah. tido dlm bonet pon boleh ;P

    ReplyDelete
  10. Ai,
    Apa yang penting..
    kerjasama....
    mana-mana pun tak per kan... :-)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...