Thursday, February 25, 2010

Syukur... Pertemuan selepas 29 tahun.

Hari ini adalah hari cuti dialysis. Akak pula tidak berpuasa seperti minggu sebelumnya. Akak terasa tersangatlah ingin membuat 'dating' dengan sesiapa yang available... Akak hantar mesej pada Zana.. dia bersetuju tapi belum tetapkan masa berjumpa.

Sedang menunggu solat zohor, akak mendapat mesej dari Suhayati teman sekelas sejak tingkatan 4 dan 5. Aduh... hendak pergi rasa jauh.. tak mahu jumpa rasa tak patut... Akak pun minta kebenaran suami untuk keluar bertemu Suhayati di Alamanda Putra Jaya kerana Suhayati baru habis conference di Marriot Putra Jaya. Janji di buat dan akak selesai solat zohor, terus bergegas kesana dengan Qeeb.

Tiba di sana, Suhayati masih belum tiba. Sambil menunggu kedatangannya akak dan Qeeb (itu yang best bawa teman...) singgah makan Aiskerim di Baskin Robbins. Tak lama kemudian Suhayati pun tiba dan kami bertemu depan Mc Donald. Upacara peluk bercium pun berlaku setelah 29 tahun tak bertemu.... (Qeeb terpaku lalu lupa nak amik gambar...-memang nak kena potong gaji...)

Kami memilih untuk makan di Penang Village. Maka selesai memesan makanan, kamipun mulakan berbual kisah-kisah sewaktu dalam kelas. Yang paling buat akak ketawa besar ialah semasa kami sekolah dahulu pemakaian baju kurung tidak diwajibkan jadi akak lebih suka memakai baju seragam biasa. Bila tiba hari jumaat, seisi kelas memakai baju kurung melainkan akak, jadinya Suhayati ditugaskan oleh seisi kelas memujuk akak memakai baju kurung.

Akak mengenangkan tak mahu jadi kera sumbang, akak pun menurut permintaan mereka. Tapi, olehkerana penjualan kain baju kurung dahulu tidak banyak pilihan seperti sekarang.. Jika mahu berbaju kurung kena hantar tempah kedai, tapi akak hanya mempunyai kain baju kurung yang kena ikat sendiri.. Memandangkan akak tak pandai mengikat kain baju kurung, akak mengikat kain dengan rupanya tinggi sampai nampak stokin dan seumpama makcik nak ke sawah tingginya kain. Dengan langkah yang umpama askar berkawad, memang jadi bahan ketawa kawan-kawan sekelas.

Banyak cerita-cerita suka duka yang kami luahkan bersama. Akak tak tahu dia pernah jadi mangsa dera kawan sepasukan yang berdengki dengannya. Kenangan kami memaksa seorang anak India memakai baju kurung semasa hari jumaat pun membuatkan kami ketawa mengenangkannya. Hmmm... bayangkan 29 tahun punya cerita... kan memakan masa yang panjang. Rasa tak puas jumpa. Temujanji akak yang sepatutnya bertemu dengan Zana selepas balik dari Alamanda pun tak dapat akak tunaikan. Lainkali ya zana..... Jangan serik berjanji...

Dari pagi menjelang tengahari, akak rasa 'sepi/sunyi' sangat.. tapi bila dah jumpa yati... Alhamdulillah.... Allah mempertemukan kami semula. Janjinya selepas ini kami cuba nak hidupkan kembali Alumni sekolah kami. Insya'Allah.



Huuuuu... 29tahun punya sejarah kena diceritakan semula.... Maunyer tak kusyuk mendengar...




8 comments:

  1. kak hajah nora,
    Alhamdulillah... Hidup saya ni memang suka berkawan dari kecik lagi...

    ReplyDelete
  2. best...terutama kalau jumpa member lama....
    Tapi ada kalanya selepas berpisah terlalu lama, tak tau nak cakap topik apa!

    ReplyDelete
  3. CM,
    Insya'allah.. setakat ni, kawan2 lama yang saya jumpa.. banyak mengembalikan memori lama.. Memang berharga. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. seronok jumpa kawan lama.. tapi, jumpa kawan baru pun seronok juga.. tambah2 yang 'sekepala' :)

    ReplyDelete
  5. kakcik,
    kawan lama dan baru.. bila sekepala... memang best... itulah bonus...

    ReplyDelete
  6. Waaaaa.. tumpang seronok dan gumbira dgn pertemuan AKAK dan kawan sekolah lama..

    sapa pun, kalu dapat peluang macam AKAK, memang akan terpaku, terkesima dan bagai2 ter lagi...hehehe...

    kawan sekolah.. kenangan paling indahhhh...

    ReplyDelete
  7. azie,
    terima kaseh....
    memang kenangan paling indah....
    sebab masa tu kita sama2 naif...
    baru nak kenal dunia....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...