Friday, February 19, 2010

Tak dapat solat jumaat....


Akak selesai dialysis pukul 12.15.. antar SMS kat suami, takder jawapan. Sambil menanti balasan OK dari suami, akak pun duduk-duduk berbual dengan Cikgu Mazlina dan Cham. 12.40, suami antar SMS... tanya dah habis?.. Rupanya SMS pertama tadi tak di terima... begitulah selalu yang terjadi pada network Digi dan Maxis...

Suami sampai di unit dialysis, terus pergi Cyberjaya. Makan di Seri Penang... Olehkerana masa dah suntuk, maka kami memilih makanan yg cepat disediakan. Suami ada mesyuarat seusai solat Jumaat. Takdapatlah akak turut bersama solat jumaat kerana surau bomba di Cyberjaya hanya cukup/muat untuk jemaah lelaki.

Minuman yang menjadi pilihan. Sprite Ribena dan Air buah Kedondong..(Ambra)


Kway teow goreng pilihan suami...

Mee Suah Goreng pilihan akak...

Selesai makan, maka bergegaslah kami ke surau bomba Cyberjaya. Lihat di cermin, kami letak kereta di hadapan kereta yang telah sedia parking di situ. Akak rasa fobia nak parking di tempat pertama dari belakang. Dalam hati sentiasa berkata-kata..."Andailah..."....

Sambil menunggu dalam kepanasan yang melampau tu, akak sempat memerhatikan kawasan sekeliling lebuhraya Cyberjaya tersebut. Ternampak ada 3 batang pokok Sukun yang belum berbuah di hadapan sana... Kalau berbuah, siapalah yang memetiknya?...
Berkata-kata dalam hati... kalau ada pokok... sure ada tukang tanam....


8 comments:

  1. Salam Rahmah, Minuman tuh nampak sungguh mengiurkan...Tengah panas2 nih...sedappp...

    ReplyDelete
  2. Salam hajah,
    Saya suka juice ambra (+ asam boi). Goreng sukun pun sodap!!

    ReplyDelete
  3. Salam Dik Mah..

    wah.. sekarang asyik ke Seri Penang pulak, ya? Bapakkaya dah dikeluarkan dari senarai ke?? :)

    Tengok chopstick tu tiba2 terfikir.. bilalah kakcik nak pandai menggunakannya? ;-)

    ReplyDelete
  4. kak nani,
    salam kembali kak nani...
    kedua-dua minuman tu memang kegemaran kami berdua.. jus kedondong tu 3x yg pertama kami pergi belum ada stock..(buah kedondong).. masuk kali ke 4.. barulah ada... sabar jer..
    saya memang suka minuman yg campur air carbonated..
    Ribena+soda+lychee... Ribena+sprite+lemon...
    Soda+strawberry...

    Kak Hajah Nora,
    Samalah selera kak hajah dgn suami saya... memang ini sajalah pilihannya kalau pergi ke restoren yg menjual jus ini....
    yang buat sedap bila dicampur asam boi....

    Kakcik,
    Bapakkaya belum terkeluar lagi dari senarai.. sebab kalau nak makan roti bakar.. setakat ni..hanya bapakkaya yg paling best rotinya....
    Seri Penang ni tgh mencuba resepi2nya... byk belum habis rasa semua.... :-)
    Saya mula belajar chopstick sejak dari sekolah rendah... nampak keluarga china makan tengahari masa tunggu bas di chow kita... balik umah cari 2 batang kayu pokok cermai... suruh mak buat mee hoon sup... belajar dari situ.. maka selalulah arwah mak kena buat mee hoon sup...

    ReplyDelete
  5. wah akak, dah tak pi bapakkaya no. sat lagi dia jadi bapakmiskin. heeheehee...

    ReplyDelete
  6. eleena,
    akak ni suka bertukar2 makan... nanti seri penang pun akak akan tukar bila dah muak... biasalah...
    entah2 akak ulang semula bapakkaya... :-)

    ReplyDelete
  7. van putih takde hari ni???

    ReplyDelete
  8. IS,
    akak letak keta paling depan pintu sisi balai bomba.. kalau dulu sama ngan van putih... kebawah sedikit dari pintu sisi balai bomba..(akak pun mencari jugak gerangan si jejaka van putih...tp dia selalu mai lagi awai... alhamdulillah banyak pahala dia..)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...