Saturday, December 26, 2009

Pergi kenduri..

Sejak malam tadi, akak sudah di beritahu mengenai majlis perkahwinan anak kawan baik kak Ani iaitu kak Nora. Sewaktu anak-anak kak Nora masih kecil dan semasa masih tinggal di Taman Bunga Raya, kami sering berkunjung kerumahnya pada hujung minggu untuk menziarahi kak Nora yang baru dikurniakan cahayamata. Anak sulung kak Nora yang majlis perkahwinannya berlangsung hari ini sangat-sangat kami geram sejak dari bayi lagi. Kami sering juga berkunjung kerumah kak Nora untuk bermain dengan anak sulungnya. Kak Nora di kurniakan dengan 3 orang cahayamata kesemuanya lelaki.

Bangun untuk solat subuh, terus akak menalipon suami akak untuk meminta kebenaran turut bersama kak Ani ke majlis perkahwinan Afiq anak kak Nora. Suami memberi kebenaran dengan pesanan jangan banyak minum air.

Selesai solat subuh, akak mengajak Qeeb untuk bersama-sama akak ke majlis perkahwinan kerana tanpa teman, memandu untuk jarak sejauh itu agak membosankan. Sebaik memeriksa badan Aisyah pun dah kurang demamnya, akak pun turut mengejutkan Aisyah untuk dibawa bersama. Selesai mandi dan berpakaian, kamipun bertolak dari rumah melalui jalan Lebuhraya Damansara Puchong.

Sepanjang perjalanan memang lancar tetapi sebaik tiba di persimpangan Taman Tun Dr Ismail, keadaan lalulintas menjadi agak sibuk walaupun hari ini adalah hari cuti.

Aisyah yang duduk bersendirian di bahagian belakang kereta, tidak pula tertidur sepanjang perjalanan. Cukup baik tingkahlakunya.

Bagai dijanjikan sebaik akak tiba di persimpangan ini, kak Ani menalipon bertanyakan kedudukan akak berada sekarang.

Olehkerana sejak dari bangun pagi akak anak beranak masih belum bersarapan, tiba di Taman Tun Dr Ismail, kami terasa sangat lapar. Akak mengajak anak-anak singgah bersarapan pagi di restoren yang berdekatan. Sudah rezeki kami, dalam keadaan kesibukan tempat parking kereta, ada pula satu ruang di hadapan kedai bagai menanti untuk akak meletakkan kereta.

Masuk sahaja kedalam kedai terus kami memesan makanan. Qeeb lebih berminat untuk makan mee hoon soto.

Akak pula yang sudah berjanji tidak akan memakan nasi lemak memesan sayur goreng lodeh kering. ( Walaupun nasi lemak dok menggamit akak mengambilnya... tidak..akak berpegang dengan janji...)

Sambal sotong kering dan lontong....

Selesai makan, baru teringat nak ambil gambar depan kedai... Inilah restoren yang menyajikan masakan Johor di Taman Tun Dr Ismail.

Setibanya di rumah kak Ani, kami bergegas ke Seri Pentas TV3 untuk menjemput Zuraida yang menunggu kami disana. Selepas mengambil Zuraida di seri Pentas, kami meneruskan perjalanan kerumah kak Nora di Kampong Sungai Pelong, Sg Buloh.

Ketibaan kami yang agak awal ke majlis tersebut memberi kami banyak masa untuk berbual-bual. Qeeb yang sebaya dengan anak bongsu kak Ani, Afiona tidak melepaskan peluang berbual-bual mengenai hal-hal remaja.


Kak Ani tidak melepaskan peluang mengambil gambar sekitar majlis kenduri.

Dua beradik kembar tak seiras yang telah lama bersahabat tidak melepaskan peluang untuk bergambar berdua..


Pada mulanya kami ingin menunggu sehingga pengantin selamat bersanding tetapi melihatkan cuaca agak mendung, kami meminta diri pulang lebih awal. Kak ani yang menalipon kak Nora selepas itu memberitahu bahawa hujan turun sebaik sahaja pengantin tiba dan sedang bersanding. Hmmm... syukurlah kami sudah selesai tunjuk muka dan makan-makan.


4 comments:

  1. driving sambil telefon, bahaya tu...Restoran d'jintan manis tak de ke...hehehe

    ReplyDelete
  2. fa,
    sshhhshhhh... jgn bagitau encik polis....
    qeeb la yg mengambil tu....
    restoren d'jintan manis dah ada...
    jomlah pekena masakan johor pulak...

    ReplyDelete
  3. Akak, adakah biru warna fevret?

    ReplyDelete
  4. Kak Som,
    Yess.... pernah pakai baju dua hari turut2 warna biru, sampaikan anak tanya.."Ibu, ni baju ibu pakai semalam ke?..." Tapi kalau Aisyah tanya akak terpaksa jawap suka warna hijau... warna kegemaran Aisyah.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...