Thursday, December 31, 2009

Perjalanan Si Andeh.


Marilah akak bercerita xtvt akak hari ini. Bila dah rasa sihat saje sikit... akak pun terasa letih kalau duduk aja kat umah. Mesti dan harus buat sesuatu. Dari pagi tadi akak dah memasak segala... siap dengan puri dan kuah dhal dan vadeh... Lepas solat zohor, akak terasa harus keluar dari rumah kerana tujuan yang dah lama akak perlu beli iaitu tanah baja. Pokok tanaman akak dalam pasu seperti mangga dan pokok limau purut akak perhatikan tanahnya dah jauh kebawah.

Jadinya, selesai solat zohor, akak, qeeb dan aisyah yang pada mulanya tak mahu mengikut tapi akhirnya mengikut juga pun memulakan perjalanan ke Nursery di Seksyen 6. Tiba di satu Nursery ni, ( akak memang selalu beli bunga dan tanah baja di sini....) akak pun parking depan nursery. Masuk kedalam Nursery, nampak tokehnya terus minta tanah baja 5 bag dan baja untuk mangga. Keluar dari Nursery, nampak ada penjual rojak dan cendol. Memang sudah menjadi routine akak bila pergi ke arah ni, mesti pekena rojak. Tapi tengok signboard dia jual Pasembor. Tanya itu ini, akak pun beli.

Sedang sedap makan rojak akak perhatikan keliling. Terasa lain sangat. Borak juga dengan isteri tuanpunya kedai.

Akak : Dah berapa lama meniaga sini?... Tak pernah nampak lah...

Penjual : Kami dah 8 bulan kat sini....

Akak : Oooo lamanya saya dah tak kemari. Kalau tak tu, selalu saya beli pokok, baja kat sini....

Akak : Mana orang yang jual dulu?.. Pak Kudus?...

Penjual : Dia ada kat depan sana - ( Sambil menunjuk arah depan...)

Akak : ( Pandang penuh kaget sebab dah salah nursery dan salah kedai makan.... Adoh la andeh... tapi untunglah rojaknya yg dia panggil Pasembur sotong sedap berbaloi walaupun dah tersalah kedai...)

Qeeb : Tadi qeeb bagi hint ibu tak perasan yer.. qeeb kata nursery ni lagi cantik dari yang depan tu.. (yg akak selalu pergi..).

Akak : Apasal qeeb tak cakap terang-terang?.. ( Macam dia tak kenal mak dia selalu blurrr...)

Inilah pasembor sotong gerai tersebut. Sedap..

Cendol Pulut idaman Qeeb

Sirap limau buat akak

Aisyah juga suka cendol pulut...

Selesai makan ( tengoklah akak punya hal... bukan main masak segala kat umah tapi pergi makan kat gerai lagi..... so akak and so andeh punya kerja....).

Akak pun terus teringat ada Pasar Tani dekat seksyen 6 depan Maybank. Akak terus menghala ke sana. Nampak gerai yang pertama iaitu gerai menjual daging. Beli daging dan tulang rusuk dan kemudian kami singgah di gerai menjual buah-buahan. Anak-anak akak terutamanya Ain cukup mengemari jambu air. Akak membeli jambu air dan jambu batu.

Kemudian singgah pula di gerai menjual bawang. Penjualnya sedang menyusun dan akak bertanya samaada dia dah mula menjual. Akak pun memilih bawang besar dan bawang kecil. Cantik-cantik bawangnya berbanding dengan 2 minggu lalu akak beli tak berapa cantik.

Selesai membeli pisang tanduk dan pisang berangan kami pun meninggalkan pasar tani tersebut.

Dalam perjalanan pulang akak ternampak satu susuk tubuh yang begitu familiar sedang membeli juadah minum petang di suatu gerai. Akak yang dah terlajak ke hadapan, buat satu pusingan dan berhenti di kereta berdekatan.

Turun kereta perlahan-lahan dan akak terus berdiri di belakang si dia. Akak terus snap gambar Puan Rashidah yang memang tak jangka kan bertemu di situ. Beliau adalah ibu kepada teman sekolah Qeeb. Kami menjadi kawan setelah akak merasa karipap yang di buat untuk jualan amal di sekolah Qeeb sungguh sedap. Akak meminta Qeeb bertanyakan kepada anaknya nombor talipon ibunya yang membuat karipap tersebut. Bila akak menalipon dan bertanya adakah dia menjual karipap secara tetap, katanya dia saja masak untuk memenuhi permintaan anaknya yang beria-ia ingin membawa karipap buatan ibunya untuk di jual di hari terbuka kantin sekolah mereka. Akak meminta kiranya dia boleh buatkan akak 100 biji karipap kerana pada akak karipap yang dibuat oleh Puan Rashidah memang sedap sekali. Dia bersetuju dan meletakkan harga yang begitu murah.

Setelah bekalan karipap dihantar, kami terus menjadi sahabat kerana tiapkali akak mengambil anak dari sekolah, dia juga turut mengambil anak bungsunya. Kami sering berbual mesra samada bila terserempak ataupun melalui panggilan telefon. Ketika akak dimasukkan ke hospital, dia datang menjenguk sebaik mengetahui keadaan kesihatan akak. Bagai mempunyai 'chemistry' kami senang sekali bersahabat. Shidah jugaklah orang yang pertama sekali memperkenalkan Asmaul Husna versi Bapak Ary Ginanjar dan Haddad Alwi. Pertamakali akak dengar beri keinsafan sangat dan hingga mengalir airmata dalam situasi akak baru di beritahu kena Dialysis. Shidah datang kerumah membawa CD Asmaul Husna dan buku motivasi.


7 comments:

  1. Amboi amboi amboiiiii... bukan main lagi diaaa.... sampai tersilap kedai pulak tu! Agak2 petang ni masak apa? kakcik nak gi BBB la, tumpang makan. :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    serius?... jommm...... saya nak buat puri lagi ...

    ReplyDelete
  3. Hey hey hey...sihat jer, terus merayap merata, jamu selera.. Bagus lah kann menguna masa sebaik2 bila rasa sihat. Begitu juga lah kak nani Rahmah, sihat sikit jer, mesti ajak suami kesana kemari. Akak dah tak leh drive lagi...so mesti ada insan utk temani akak..Selamat Tahun Baru yea Rahmah, moga Allah perkenankan kita kesihatan yang baik, happy dengan keluarga dan kawan2 sekeliling.

    ReplyDelete
  4. Kak nani,
    rasa kuat jer sikit, saya malas nak tunggu2 kat umah.. Harus buat apa yang mampu...
    Selamat menyambut Tahun Baru juga buat kak nani, moga Allah memberikan keberkatan dan rahmatNya disebalik kesakitan yang kita alami dan juga muga tahun 2010 memberikan kesihatan yang lebih baik buat kita.

    ReplyDelete
  5. wah akakkkkk...
    tak berhengat ye..tulah yg ida malas nk masak..samalah mcm akka..masak bersakan sudahnya anak2 beli makan kt pasar malam la pulak sudahnya ida yg makan sorg2..padat gak aktiviti akak ye..

    ReplyDelete
  6. Salam hajah,
    Rojak dan cendol memang lawannya. Di luar panggung 'lido' dekat Kpg Jawa melaka(sekarang pasaraya) ada gerai-gerai cendol dan rojak serta mee goreng mamak. Nampak ramai orang singgah.

    ReplyDelete
  7. ida,
    betullah.. masak mcm nak rak kat umah, udahnya makan kat kedai jugak anak beranak... Hmmm kalau dah andeh.. andeh lah juga.

    kak nora,
    Kat kg jawa melaka, saya selalu pekena mee mamak tepi jalan dekat gerai buah, sedapp...
    kak nora rajin makan mee goreng mamak?...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...