Tuesday, March 9, 2010

Berusaha Mengumpul Kawan Lama.


Semenjak akak meninggalkan bangku persekolahan dalam tahun 1981.. kebanyakan dari teman-teman sama kelas dan sekolah tidak lagi akak temui. Hanyalah beberapa orang sahaja yang masih akak hubungi. Baru-baru ini akak memulakan usaha menjejak bekas-bekas pelajar SMK Kg Baru dengan membuat laman Facebook kerana pada tahun 1982, SMK Kg Baru telah bertukar nama kepada SM Putri Wilayah. Kami bekas pelajar-pelajar SMK Kg Baru seolah-olah dah tak wujud. Jadinya akak berusaha mencuba menghidupkan kembali SMK Kg Baru.

Sejak dari minggu ini, akak telah berusaha dan berjaya menjejaki beberapa orang kawan lama.
Kecanggihan teknologi terkini membolehkan kami berhubung semula dengan mudahnya. Akak dah mula sibuk bertemu dan berusaha mencari nama-nama kawan-kawan lama. Ada antaranya yang memasukkan gambar kami sewaktu masih di sekolah dahulu. Kenangan masa bersekolah memang manis...

Semuga impian akak dan beberapa teman yang hendak berkumpul beramai-ramai akan menjadi kenyataan. Insya'Allah.

10 comments:

  1. Fa,
    salah satu cara nak menjejak kasih yang dah lama pergi.. heheheheheheheh

    ReplyDelete
  2. Masa sekolah dulu ada bopren bopren tak? hihihi
    Masa sekolah menengah fa tak bopren bopren sebab sekolah budak pompuan. Tapi ada bopren masa darjah 6!! Masa tu kita nak dia dia pun nak kita...hahahah....

    ReplyDelete
  3. fa,
    kami sekolah pompuan semua... takder boipren pun..

    ReplyDelete
  4. heeeeeee...
    saya malulah nak kumpul2 seme member2 sekolah
    segan
    ekekek..

    tapi bila balik kampong
    ada je yg kenal n tegur bila g jalan2 kat bandar ke apa ke?
    heeeeee

    caiyok caiyok ya akak!

    ReplyDelete
  5. Saya dah pernah buat Reunion kawan2 sekolah masa Form 6. 2 tahun belajar di sekolah tu, best sangat..


    dan majlis Reunion menjadi kenangan yg sangat indahhhh... Selepas bertahun2 berpisah..

    Teruskan usaha, KAK...

    ReplyDelete
  6. birU,
    bertambah usia akak, bertambah akak merindu kawan-kawan lama....

    kak hajah nora,
    terima kaseh mendoakan kejayaan usaha kami... :-)

    Azie,
    terima kaseh..

    ReplyDelete
  7. org kg. baru menyokong usaha ini walau kini tinggal di ampang & kerja di bangi ;)

    wan

    ReplyDelete
  8. Wan...
    terima kaseh atas sokongan anda...
    orang kg baru stick together... (chewah...)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...