Sunday, March 28, 2010

Pergi ke PD...


Semalam setelah melihat entry Kak Hajah Nora dari BC pada bulan lepas.. suami membawa kami sekeluarga ke Legend Water Homes, Port Dickson. Akak dan suami selama ini cukup kerap membawa anak-anak ke Avillion kerana kedudukan bilik chaletnya di atas air laut tetapi di Legend ini ada satu lagi kelebihan iaitu ia mempunyai kolam renang di dalam bilik hotelnya yang juga terletak di atas laut. Jika bukan kerana entry Kak Hajah Nora bulan lalu, sudah tentu kami masih lagi pergi bercuti di Avillion.

Selesai urusan pendaftaran, kami dibawa ke bilik hotel kami.

Sempat bergambar sebelum berjalan ke bilik hotel.

Perjalanan menuju ke bilik hotel.

Sebab inilah yang akan membuatkan akak dan suami berhenti ke Avillion dan akan memulakan percutian kami di Port Dickson dengan menginap di sini.....
Kolam renang di dalam bilik hotel kami... Bilik chalet ~ yang paling tepat. Persendirian dan tidak berkongsi dengan orang luar. Tak perlu menjaga aurat.
Bahagia sangat. Dah lama akak tak dapat bermandi dan berenang-renang sebebas semalam. Kak Zah... bukan setakat menjadi macam itik... terus bertukar menjadi 'Blue Whale' ....Bahagianya....

Dari kami sekeluarga buat abah mithali.... Terima kaseh abah....

Aisyah juga menjadi juara berendam sejak tiba hingga tengahmalam... sambung pula dari awal pagi hingga ke waktu daftar keluar.... Puas jugak nak dipujuk supaya meninggalkan kolam tersebut.

Hmmmmm... ibulah yang paling seronok meluangkan masa berenang-renang dan menyelam sejak dari mula sampai (sebaik mencecah kaki dalam bilik chalet) hingga nak pulang tadi....

Ain juga turut seronok bermain-main air begitu juga dengan Zahrah dan Qeeb.

Pemandangan chalet dari jauh.

Selamat tinggal Legend.... lepas ini kami akan selalu ke mari ( Insya'Allah ). Avillion hanyalah merupakan satu tempat yang kami pernah pergi untuk bercuti dan berehat. Tapi kini Legend akan menjadi tempat percutian kami yang tetap.

Terima kaseh kepada Kak Hajah Nora.......


3 comments:

  1. Salam hajah,
    The Legend Water Homes memang best. InsyaAllah, kalau ada rezki kami akan ke sana lagi. Saya suka sangat swimming pool, berendam sampai tak kisah!

    ReplyDelete
  2. kamera baru ke tu?

    patutnya nak ucap terima kasih tu, tunjuklah akak sowang je yang ucap pd abang kahar dgn tajuk `terima kasih darling!' kihkihkih...

    ReplyDelete
  3. Kak Hajah Nora,
    Saya cukup teruja bila baca entry kak nora ke sini bulan lalu. Sebab utama bila melihat ada swimming pool dalam bilik. Bila kami selideki laman web, memang sah ada swimming pool tersebut.. sejak dari penemuan tersebut, memang mencari masa yang sesuai untuk pergi mencuba... Memang best... berbaloi-baloi....
    Saya yg paling seronok sebab kalau menginap di A Famosa, bungalownya ada swimming pool tapi di luar banglo... nak mandi kena pakai tudung.. manalah enjoy... ini jadi bebas sebebas-bebasnya..... Budak2 pun kalah dengan saya dok berendam tak keluar-keluar....

    Fa,
    Mestilah kamewa bawu.. sebab tu gambarnya cantik...
    Ucapan tima kasheh begitu... heheheheheh malulah...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...