Tuesday, March 16, 2010

JJTW...


Semalam, seusai dialysis, pulang kerumah... ambil anak-anak... kami ke Midvalley Megamall. Abah mithali ingin membawa anak-anaknya menonton Alice in Wonderland... Ibu Mithali dah berkali-kali mencuba baca novel Alice in Wonderland.. tapi tersangatlah payah nak khatam. Jadinya Abah Mithali pun membawa seisi keluarganya mengenali Alice - ( tapi mula-mula.. ramai yg ragu-ragu dan mengatakan ~This is not the real Alice..) sehinggalah ibu Mithali mengenali siapa itu Alice dan kawan-kawan Alice. Bestttt..... ( Tak nak promote lebih2 sebab yang dapat komisen ialah Alice dan kawan-kawannya...).

Sebelum menonton, bagi mengisi perut yang dah berbunyi tanpa mengenali siapa itu Alice.. membuatkan kami semua menjamu selera di Carls Junior.. seperti biasa.. abah dan ibu mithali akan makan Portobello Burger... Yummm Yummm.... anak-anak pun dengan burger pilihan tekak masing-masing....

Keenakkan burgernya membuatkan cik Aisyah menyenget kepalanya...

Cik Ain pun makan tanpa menoleh kiri ataupun kanan...

Apalagi Cik Qeeb... menghayati keenakan burger dengan beef baconnya..

Selesai semua dah isi perut... perut pun dah kenyang.. kami terpaksa pula berjalan menuju ke The Gardens kerana tiket di panggung Midvalley dah habis. Kami mencuba nasib pula di Signature GSC, The Gardens. Alhamdulillah.. ada tiket pukul 5 30 ptg tayangan 3D.

Aisyah yang pada mulanya mengatakan tidak suka menonton wayang.. akhirnya menjerit kesukaan menonton cerita Alice in Wonderland... Dia sampai menjerit ' cepatlah minum ' kerana turut 'excited' sewaktu babak Alice menjadi bertukar kepada size Alice yang sebenar semula...
Aisyah bergaya dengan cermin mata 3D nya...

Sempat bergambar sementara menantikan waktu tayangan..

Menghabiskan masa di Borders sambil menanti waktu solat ....

Shhhhhhhh.... Abah mithali di kelilngi oleh 4 orang anak dara.... Tak main-main you....

Aisyah yang dah kepenatan dan kakinya melecet kerana kasut bawu.... dia lupa nak gigit kasut bawu agar kasut bawu tak menggigit kakinya..

Ibu dan Abah Mithali yang dah berusia.... jadinya kakak mithali volunteer mendukung adik mithali...

Malam sebelum pulang, sekali lagi makan di Restoren kegemaran mereka.... DOMINO Pizza... Ibu Mithali suker sangat...


8 comments:

  1. jjtw dan jjcm... dah terangkum sekali tu!!

    ReplyDelete
  2. salam...


    waahhhh....ibu mithali..sedapnye domino pizza tuuu....

    ReplyDelete
  3. CM,
    betullah... patutnya saya tambah JJCM... TQ...

    Amy....
    akak paling suka domino pizza sebab kita boleh mintak pizza nipis... akak suker pizza nipis, tak suka pizza tebal...

    ReplyDelete
  4. Manyak siok wooo tengok anak2 dara Akak, sederet giTTew..

    I pernah try, geget kasut bawu sbb tanak dia geget I.. Sudahnya, kaki I melecet punyalah teruk.. yg paling teruk dlm sejarah itam idup I!!

    ReplyDelete
  5. Croc gigit kaki comel Aishah?? Cian dia..

    Croc patut ditumpulkan giginya. Sebelum dia gigit Aishah, Aishah patut gigit dia dulu (ibu mithali pun boleh tolong gigitkan *ngeh*)

    ReplyDelete
  6. ja...
    anak dara je sederet...
    anak bujang, elek....

    kak som,
    ibu mithali dah tolong gigit, tp buaya tu degil...nak gigit jugak kaki anak dara sunti....

    ReplyDelete
  7. bestnya ramai2 pi tgk wayang...kita tak pernah lagi masukpanggung...harus mencuba tapi belum berkesempatan...

    tgk dominos tu teringat kupon kat rumah last date april ni

    ReplyDelete
  8. zila,
    tgk wayang memang best... hilang problem bila masuk panggung... cubalah...
    yg bestnya kalau ada member sama kepala...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...