Tuesday, March 23, 2010

Terkenang-kenang....

Awal pagi dah bangun... mengingatkan hari ini tiada dialysis... maka akak pun sambunglah sedikit saja lagi untuk tidur....

Bangun juga bila mengingatkan kawan-kawan tentunya dah ada yang bangun, jengah FB dahulu... mana tahu kot-kot ada yang sama online boleh jugak kita 'chaaaakkkkkk'.

Bukak blog dr singa ni, ada lagu lama... mulalah melayan perasaan dengan lagu-lagu yang sama-sama dalam kategori lagu lama. Bukak lagu ni.... The Unwanted ~ Penyesalan.... Wah... terus teringat suatu waktu dahulu. Ada satu mamat ni dah nyanyi lagu ni untuk akak.... Sayu dengar...

Dahulu-dahulu.. kalau kita nak dengar lagu tertentu.. kita tempah kat kedai jual rekod dan kaset. Satu kaset boleh dapat 12 lagu. Bahagian A - dapat 6.. Bahagian B - dapat 6 lagu juga tapi bergantung pada panjang lagu tersebut.. kalau lah terpanjang, lagu yang ke enam itu, harus keluar separuh saja... Jika kita ada kawan yang belajar kat luar negeri contoh macam Amerika...
dia akan rakamkan lagu-lagu yang terbaharu dari sana. Akak pernah mendapat lagu-lagu baru yang dirakamkan oleh kakak angkat yang belajar di sana.

Satu cara lagi, kita dengar FM Stereo. Ala.. yang tepat pukul sembilan malam kita buka dia akan buat test... Ini pembesar suara sebelah kanan... Ini pembesar suara sebelah kiri... then tepat pukul sembilan... bolehlah kita dengar lagu-lagu pilihan dia. Kita sediakan saja kaset kosong... bila ada lagu yang kita suka, teruslah kita tekan butang rekod... tapi kekadang, juruheboh ni sibuk nak bercakap... kacau lagu kita... Kita terpaksa tekan butang stop atau pause.... inilah yang paling akak menci..menci.... kita dah mula menghayati lagu... juruheboh sibuk nak bercakap....

Tapikan... sekarang ni zaman dah serba canggih... bila teringat jer nak dengar lagu apa... cari saja kat you-tube... sampaikan lagu " Pang.. kembang kempis.. kembang kempis...kembang kempus... dari kecil jangan suka cakap bohong... nanti kena pulau satu kampong.." nyanyian Siti Tanjung Perak pun ada.... tak main-main you.....

Alhamdulillah. Akak dah merasa dari zaman guna rekod... then kaset... sekejap merasa katrij... then cd.. sekarang dah ada lagi canggih... MP3.. entah macam-macam lagi..... tapi yang penting... dari dulu hingga sekarang.. semua lagu ada dalam you tube.... sekali-sekali bestlah melayan lagu-lagu lama.....

5 comments:

  1. Betul tu KAK.. dolu2 dengar lagu dari kaset. Piring hitam tu pun ada, tapi tak ramai yang mampu.

    Masa dulu2, DJ radio suka bercakap di tengah2 lagu. Macam satu style plak. Pastu, bertukar. Sekarang ni lagu mesti penuh, no more suara2 DJ lagi..

    Saya pun pun suka lagu The Unwanted tu.. nostalgiaa..

    ReplyDelete
  2. ni mesti sbb dgr lagu Dwen nih...
    :)

    ReplyDelete
  3. Akak, telah kulalui juga zaman tersebut, auwwww. Sekarang nih tengok pada mood, kalau mood perlu mengeluarkan airmata maka akan paksa diwi dengar lagu2 retro kat tv astro. Rumah kita takde wadio.. har3.

    ReplyDelete
  4. skrg kat youtube yg pelik2 pun ado kak hehe

    ReplyDelete
  5. azie dan dr IS,
    sepanjang pagi ni, akak memang melayan lagu ini jer.. memang menyusuk kalbu...
    si dia.. yg pernah mengalunkan lagu ini.. mengingatkan segala kenangan masa bersama-sama dulu... (jodoh kan..)

    mimi,
    betul tu. semua atas pilihan kita...

    kak som,
    rumah kita pun takder radio.. kita dengar kat lektok jer...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...