Saturday, April 3, 2010

Alhamdulillah.. Perjumpaan kedua juga berjaya.


Malam tadi 2hb April 2010, sekali lagi kami bekas pelajar SMK Kg Baru membuat perjumpaan bersama teman-teman yang tidak dapat hadir pada 25hb Mac lalu. Sebahagian yang hadir pada 25hb Mac lalu ada yang tidak dapat menghadirkan diri pada malam ini. Namun begitu kegembiraan bertemu dengan kawan-kawan lama tetap tidak berubah. Masing-masing yang sudah lama tidak bersua, berasa amat gembira sekali apabila di ketemukan semula...

Insya'Allah, hubungan yang telah terjalin kini akan diteruskan hingga ke akhir hayat. Kita sudah pun semakin dewasa dan amat-amat menghargai persahabatan yang telah sekian lama terjalin.
Terima kaseh buat teman-teman yang sudi turut serta. Mengenangkan kisah-kisah lama sewaktu di zaman persekolahan menjadi topik utama perbualan kami semua...

Banyak perkara-perkara yang telah akak terlupa, diingatkan semula oleh teman-teman yang masih mengingati kisah tersebut. Apalagi akak agak terkejut juga bila diberitahu oleh teman yang masih mengingati peristiwa tersebut. Gelak tawa pun berderai-derai...

Insya'Allah.. untuk pertemuan yang akan datang, kami akan turut membawa bersama bekas-bekas guru kami yang pernah menurunkan ilmu mereka untuk kami.....
Juga jika kesempatan, kami ingin membuat 'rombongan cik kiah' menziarahi teman-teman yang berada di luar kawasan Kuala Lumpur.

Akak yang menjadi jurukamera untuk malam tadi, hanya mendapat bergambar sedikit sahaja...
Inilah antara gambar2 akak....




12 comments:

  1. salam kak,
    mesti byk kenangan dan cerita yg nak dikongsi..

    ReplyDelete
  2. salam birU,
    memang banyak kisah yang akak dah terlupa, diingatkan semula oleh teman-teman... Pecah2 perut ketawa dibuatnya.....
    manis kan mengenang perbuatan remaja yang belum cukup dewasa....

    ReplyDelete
  3. salam..tentu seronok mengimbau kenangan lalu kan..gelak ketawa dan pot pet..

    ReplyDelete
  4. salam ina....
    memang pun... seronok juga bila ada teman yang masih mengingatkan peristiwa kita yang kita sendiri pun dah lupa... kehairanan pula kita jadinya...
    35tahun dahulu berkenal-kenal. 5 tahun bermesra... mau taknya macam2 cerita boleh keluar...

    ReplyDelete
  5. bestkan bila jumpa kwn2 lama masa belajar dulu..rasanya satu hari pun belum tentu habis cerita.

    ReplyDelete
  6. ida,
    begitulah jadinya... bila jumpa memang tak cukup2 masa nak cerita... seronok sebab dapat jumpa semula.. kenang semula masa sekolah dulu... best...

    ReplyDelete
  7. Akak, I pun sekolah kat Kg Baru tapi bukan kat KL, jauh sangat dari KL :-)

    ReplyDelete
  8. kak som,
    asal nama ada kg baru... jomlah join sama...

    ReplyDelete
  9. Ada tak kenangan kena buli masa April fool? Kak Zai ada siap jumpa pengetua lagi he3.

    ReplyDelete
  10. kak zai,
    rasa ada jugak tapi tak ingatlah.. kami semuanya perempuan.. taklah teruk benar kena...

    ReplyDelete
  11. Wahhh... siap bawa gambar lama-lama tuuu... Wow! mesti meriah tak hengat tuh...!

    ReplyDelete
  12. azie,
    ada yg masih menyimpan gambar2 lama... akak punya dah hilang semasa pindah randah... semua dah tak ingat nak makan minum masa jumpa tu... dahsyat...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...