Petang semalam akak berbuka dengan buah ini.. punyalah sedap melayan makannya... ( Ader ke ayat cenggitu???) Sebaik bunyi azan, kita kan di sunatkan berbuka dengan buah-buahan terlebih-lebih lagi sebab akak bukan boleh makan kurma sebab tinggi potassiumnya... (kononlah tu ikut pantang...). Makanya untuk buka akak mulakan dengan 'rock melon'. Kerangupannya memang membuat kesedapan hingga tak boleh berhenti.
Pagi ini akak terpaksa membangunkan budak ngongak ni untuk dibawa bersama ke hospital. Budak ini harus menjalani pemeriksaan doktor gigi yang akan menentukan apa yang patut di buat dengan giginya. Akak yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Akak mengaku sangat.. Bila anak pertama/kedua/ketiga/ketiga/ketiga/ketiga/ketiga..( kenapa rajin sangat mengulang ketiga??? sebab saja nak taip banyak-banyak nak merasa anak ramai... tapi tak boleh buhung...)
Ketiga-tiga anak akak semuanya gigi sampai boleh tahan hingga waktu gigi itu tercabut sendirinya. Tapi... bila anak yang keempat ini meragam pagi-pagi tak mahu di gosok giginya, dan akak pula dah tak muda lagi macam masa dengan kakak2nya yg dahulu, kalau kakaknya dahulu.. akak akan turut bersilat, berkungfu dalam bilik mandi untuk memastikan gigi anak2 akak yg ramai itu bersih gigi mereka. Alhamdulillah.... kesemua mereka boleh masuk iklan ubat gigi ataupun berus gigi.
Sambung cerita, bila tang Aisyah.. bila umuq pun dah tak muda mana... malas nak berteriak-teriak dalam bilik mandi... akak pun rasa okaylah... tak mahu gosok... fine... Rupanya yang akak rasa fine itulah yang buat gigi Aisyah tak fine.... Habis jadi hitam sekelip mata. Diamkan jugak. Sebab dah hitam, bukan boleh cat jadi putih... lepas tu makin haus gigi-giginya. Sekarang usia masuk 5 tahun, gigi depan belah atas dah tinggal tunggul-tunggul hitam...
Jadinya.. untuk memastikan gigi cik Aisyah ngongak tidak akan merosakkan lagi pengeluaran gigi yang akan datang... haruslah Aisyah menjalani pemeriksaan gigi dan mendapatkan nasihat dari pakar pergigian kanak-kanak. Pakar pergigian tersebut menetapkan pada 24hb Mei depan Aisyah perlu di bius dan di cabut keempat-empat tunggul gigi dan juga gerahamnya perlu diselamatkan dengan kaedah 'crowning'. Kalau cenggitu, boleh tak pakai crowning emas..???? Dah lama akak tak jumpa orang pakai gigi emas macam makcik2 kawan arwah mak dulu.
Selesai pemeriksaan, Aisyah jadi tetamu di 'department' akak sebelum naik ke 'department' abahnya..
Cuba perhatikan, mata Aisyah meleret memandang ke arah mesin dialysis ataupun 'blood line' yang nampak merah... OOOOooooohhhh adakah Aisyah juga akan jadi phobia dengan darah?ooooooo kalau boleh tidak... janganlah dia jadi takut dengan darah.....
Pagi ini pula akak tidak memesan nasi lemak dari bibik lagi.. akak makan chekodok yang d goreng pagi tadi... sedapnya...
Pekena pula kopi 434...( 3 in 1 )
Aduh... tekak.. tekak punya pasal....
Taunya nak yang sedap jer....
Selamat pagi hajah,
ReplyDeleteBila Aishah dah pakai 'crown' jadi 'queen'lah dia kan!
kak hajah nora,
ReplyDeletehehehehhehehhe....
betullah... dialah 'queen' nanti bila dah dipakaikan 'crown'. Terpaksalah pakaikan 'crown' emas dan permata..hehehehheehheeh
AISHAH jadi queen di hati AKAK...
ReplyDeleteMujur dia nak pi jumpa dentist. Anak saya si CHAK tu, kalu tak disiapkan berus dan ubat gigi, memang dia tak gosok ler. Alasan, kita tak siapkan. adooiiii...
azie,
ReplyDeletememang aisyah jadi queen kat umah ni.. apa katanya saja. kalau dia queen.. akak 'queen mother...'..
hahahahhahahaha berangan sudah...
Rock melon memang sedap, sepupu kak zai pernah tanam 5 ekar dekat pulau ketam Klang.
ReplyDeleteBuat macam petua kak Zai beli berus gigi cantik2 bagi anak2 suka gunakan.
kak zai,
ReplyDeletesaya tersangat suka rock melon dan sahabat2nya...
memang dah beli berus gigi yg cantik2 tapi kalau dah dia tak mahu digosok giginya dan ibunya pun dah malas sangat nak bersilat dan sebagainya bersama2 dlm bilik air, maka itulah sebabnya....
Akak, I baru tau bahawasanya segala jenis melon adalah makanan kegemaran Nabi akhir kita (pbuh).
ReplyDeletekak som,
ReplyDeleteALhamdulillah. Dalam kita memenuhi citarasa tekak kita, kita juga mengikut makanan kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. Tadi pun i baru beli tembikai untuk dibuat air bersama laici maghrib ni...
akak,
ReplyDeleteadapun mata ni nak benor nengok gambor2 makanan tu dengan kamera baru. kalau pegi jalan2 okay le, payah nak bawak, tapi kalau kat rumah pakailah yang canggih tu...ambik dekat2 bior nampak minyak kat cekodok tu....i loikeee.... :D
Fa,
ReplyDelete(nak ketawa dulu...).. akak ni memang jenis 'hot hot chicken......'. Nak tak kuasa nak menukar lense, menghias makanan dan mcm2.. suami akak pun dah give up... OK.. bila akak lebih sikit rajin, akak akan ambil masa fa cakap tu..
akak akan shoot khas buat fa.... TQ bagi idea...