Wednesday, April 21, 2010

Ke hospital lagi dan pertama kalinya......

Selesai dialysis di Hospital Serdang.. kami bersama-sama ke sekolah anak-anak untuk menjemput mereka pulang dari sekolah. Qeeb mengadu lapar maka kami pun membawa kesemua mereka pergi makan tengahari di Yati Ayam Percik di seksyen 9, BBBangi. Seingat akak Yati Ayam Percik ini sungguh tersohor ( guna pakai ayat orang kelantan juga ) di Kelantan.
Sewaktu kami pergi bercuti di Kelantan beberapa tahun dahulu, kami pernah merasa makan di Restoren Yati Ayam Percik.

Akak tak dapat nak ambil gambar makanan di sini kerana waktu inilah bateri camera Aikon akak dah habis. Selalunya akak akan ambil gambar makanan yang akak cuba tapi kali ini tak dapatlah akak berkongsi sama lauk pauk di sini.

Kami memesan Ayam Percik, Sup Tulang, Satar, Daging Bakar cicah cili.... Kiranya lauk pauknya memang sedap. Qeeb pula yang sudah lama teringin hendak makan nasi ulam memesan nasi ulam. Lauk pauknya memang menyelerakan tetapi nasinya agak kering dan keras. Nasi ulamnya memang sedap.

Setelah menghantar anak-anak pulang kerumah dan bersolat zohor, akak pun dibawa oleh suami ke Hospital Selayang. Sebaik sampai di jejantas menghala dari Selayang ke Kepong... terdapat simpang masuk ke Hospital Selayang.


Tibalah kami di Hospital Selayang. Ini adalah kali kedua akak menjejakkan kaki di sini. Waktu pertama kali dulu adalah menziarah anak kawan suami yang sedang nazak akibat denggi. Tak pernah akak merasa amat sayu sehingga akak terpaksa keluar dari bilik arwah kerana terlalu hiba melihatkan arwah sedang nazak.

Kali ini akak menemankan suami yang merawat pesakit jantung yang di rujuk dari Hospital Serdang untuk kemudahan MRI yang mana mesin MRI Jantung masih belum ada di Hospital Serdang.

Selesai tugas suami di situ, kami pun berangkat menuju ke Bukit Antarabangsa. Kami memang selalu mendengar nama ini tetapi belum pernah menjejakkan kaki kami di sini. Sejak dari kejadian Highland Towers dan sehinggalah kejadian bulan Disember 2008 yangmana kejadian tanah runtuh berlaku lagi di sini. Kami membuat keputusan untuk cuba melihat-lihat kawasan yang dinamakan Bukit Antarabangsa.

Melalui MMR2, kami dapat jalan masuk yang agak tersembunyi dari pandangan. Harus berhati-hati memerhatikan dengan cekap jalan masuk ke Bukit Antarabangsa.


Kawasan tanah tinggi berbukit memang sedap mata memandang. Sejuk kerana banyak tanaman pokok-pokok Rhu. Sungguh indah pemandangan sekeliling kawasan Bukit Antarabangsa.

Jalan yang kami lalui juga membawa kami ke kawasan tanah runtuh tersebut. Nampaklah kami dengan 'mata kepala' kami sendiri kawasan tragedi. Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban.

Keadaan lereng bukit yang sedang di tambak dengan konkrit.

Pemandangan di kawasan yang sama.

Masih di kawasan yang sama.

Ini adalah pemandangan dari atas bukit yang melorot turun (tanah yang runtuh ke bawah menimbus beberapa buah rumah).

Pemandangan dari aas bukit tersebut mengadap ke arah Bandar Ampang.



5 comments:

  1. anak sulung sya si ayong lahir di Selayang, masa tu sya duk di Langkawi, doc tak bagi travel, tp balik gak, tak mou bsalin disana, x ada sesapa
    gagah gak balik,nasib baik tak terberanak dlm perjalanan, boleh shoping2 lagi di p'raya bintang dekat sepital tu, lepas tu warded pastu bersalin..hehehe..lawak pulak bila mikirkanya ;p

    ReplyDelete
  2. Akak, hospital Selayang membawa kenangan untuk I adik beradik. Kat situlah my aruah abang meninggal, dimandi dan dikafankan.

    Dan, disitu jugalah bukti betapa manusia masih ego, sombong dan bongkak.

    ReplyDelete
  3. sya,
    hmmm.. ada kisah disebalik hospital selayang rupanya...
    untunglah baby sempat sampai hospital, kalau tak keluar dalam kereta... tulis kat surat beranak~tempat lahir... dalam kereta.... Naya...
    hahahahahah....

    kak som,
    i turut sama-sama rasa sayu bila baca ayat u... semuga kenangan itu tidak begitu memedihkan buat u. Al-Fatihah buat aruah abang u.

    ReplyDelete
  4. tak jenguk2 kawasan highland tower???
    malam laaagi best....
    boleh ngigau..
    :)

    ReplyDelete
  5. doktor...
    terima kasehlah banyak2...
    untung kami sampai kesana...
    i pun pernah dengar kisah seram berkenaan tempat tu walaupun jauh dari situ...
    my friend kena.. dia cerita baru ni...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...