Saturday, April 24, 2010

Keluar makan malam dan beli barang bulanan,,,


Malam semalam, kami sekeluarga keluar makan malam di luar. Awalnya nak cuba Seoul Garden tapi restorennya yang paling dekat adalah di One Utama. Hendak makan sushi di Jusco Equine Park, malas juga sebab jauh benar rasanya. Lama-lama suami bawa kami ke D'Steak, BBBangi berhampiran Taman Tasik Chempaka.

Kanak-kanak riang ni hanya minta Burger dan Hot Dog. Minum Milo ais. Tapi bila air ibu dia datang iaitu Lychee, aisyah terus minum dengan tekunnya.


Si kakak Qeeb memilih nak makan Salmon Steak.

Abahnya memilih Spare Ribs. Dah terbayang di fikiran suami, hidangan yang datang macam Tomy Roma punya... Maaflah Yang.. Ini jerlah rupanya yang sampai... lansung tak nampak macam Tony Roma punya. Nanti kalau rajin-rajin, kita redah lagi Mid Valley dan makan kat Tony Roma yer...

Tapi pilihan kakak Zahrah.. sizzling steak memang sedap. Kesedapan sungguh kakak dan kami yang turut sama-sama merasainya... Lainkali kalau kami kesini, pilih yang ini....

Ibu memang tak tahu nak makan apa. Asyik membayangkan dan mengenangkan mee goreng yang ibu pernah makan 40 tahun dahulu. Sewaktu ibu kecik-kecik tinggal di Jalan Raja Muda, ada terdapat sebuah kedai makan yang menjual mee goreng yang membuatkan ibu terkenang sehingga kini. Selalu ibu akan order mee dan berharap dapat menyamai rasa yang pernah ibu rasai dahulu... Hampa... memang tak jumpalah lagi rasa begitu.

Budak baju unggu ni pun ingin di ketengahkan. Bila ibu buat entry, dia akan bertanya dan mencari adakah gambarnya. Ini ibu tujukan khas buat princess Ain. Itulah panggilan kami padanya sewaktu queen Aisyah belum tiba...

Bila Aisyah dah ada 'crown'... Aisyah akan bergelar 'Queen'.. idea Kak Hajah Nora...
Gambar ketika kami menaiki escalator di Tesco.

Untuk hari ini, sabtu.. akak berusaha berpuasa kerana ingin kurangkan pengambilan air.. dan masa berbuka tadi menunya serupa dengan hari khamis lalu. Ya.. Chekodok udang, Rock Melon dan air tembikai. Ingatkan nak buat Tembikai Lychee. Tengok-tengok rupa-rupanya yang ada dalam simpanan adalah rambutan nenas.. bukan lychee... penat jer tadi pergi ke kedai tapi tak beli lychee sebab dah konpiden sesangat yang ada dalam fridge tu lychee..... Andeh... andeh....
Tembikai dah beli.. lycheenya tak de...
Psstttt yani.... kena buat juga air tu esok bila dah beli lycheee....

7 comments:

  1. Entri-entri akak ni sentiasa membuatkan saya lapar ........

    ReplyDelete
  2. zool...
    hanya inilah yg akak boleh buat selain memasak... 'merasa' makanan dan bagi ulasan untuk panduan kawan2 yg lain....:-)

    ReplyDelete
  3. AKAK ni memang "pandai" makan larrr... (Bukan bermakna kuat makan tau).

    Tak leh tahan tengok Yee Mee Kungfu tu. rinduuuu...!

    ReplyDelete
  4. tembikai lychee mmg sedap kan kak...
    saya selalu beli hehehe...
    nak buat rasa malas pulak..
    sbb minum segelas je..
    banyak2 badan angin pulak..

    ReplyDelete
  5. azie,
    umur akak lagi 4 tahun, jadi 50 usia warga emas.. akak bukan doktor dan akak bukan apa2.. inilah saja kepandaian yg akak ada... makan..makan..makan :-)

    mimi,
    akak pernah minum (kata suami) tp akak lupa.. sebab tu teringin nak buat sendiri... lupa pulak nak beli lychee... yg ada cuma rambutan nenas.. hari ni pun lupa jugak... malang sungguh andeh ni.. tembikai masih ada separuh...
    belum rezeki nak buat agaknya...

    ReplyDelete
  6. teh o laici pun sodap gak kak....best ler baca n32 akak ni...sampai saya selalu citer kat along saya suruh baca n3 akak sebab ada cerita makan, makan dan makan...seumpama best tgk JALAN-JALAN CARI MAKAN...

    ReplyDelete
  7. zila...
    teh o laici pun akak baru discover... ini belum dpt lagi nak buat tembikai laici... insya'allah petang ni.. laici dah beli....
    iyer ke?.. terima kaseh bg bagus punya promosi... tq..tq..
    amacam? dah cuba hj sharin low seafood kat bukit antarabangsa?

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...