Wednesday, April 7, 2010

Buka Puasa...

Sejak beberapa hari lepas, suami mengajak akak mencuba Restoren Tupai-Tupai yang baru beroperasi berdekatan rumah kami. Restoren ini agak popular di ruangan blog dan mendapat ulasan yang baik di suratkhabar.

Semalam akak berpuasa sebagai usaha untuk mengurangkan pengambilan air. Alhamdulillah, setakat ini akak tidak mengalami apa-apa kesukaran sewaktu berpuasa. Setelah berbuka ala kadar dan solat maghrib, kami pun pergi ke restoren tersebut.

Hajatnya nak guna kamera DSLR tapi memikirkan payah nak dibawa, akak cuma menggunakan kamera cap aikon yang setia berkhidmat. Gambar agak kurang terang.

Disediakan dua ruang makan yang satu ' ala carte' dan disebelah ini adalah 'stim bot'

Sup stim bot yang diberikan 2 pilihan.. sup biasa dan sup tomyam..

Akak suka melihat kecomelan tong gas ini...

Bil tupai-tupai yg masih beralamat di cawangan Bukit Petaling.


10 comments:

  1. I wonder, of all the names yg boleh diberi, y Tupai-Tupai?

    ReplyDelete
  2. AKAK, adakah ini cawangan Restoren Tupai-Tupai yang sebelum ini juga ada di belakang DBP berhampiran Rumah GAPENA itu?

    Saya tak pernah pegi makan kat situ, wpun setiap bulan saya sering ke Rumah PENA..

    Dengar citer, orang komplen sbb tempat tu banyak nyamuk. Ya, lah sebab situ mcm tersorok dan banyak pokok...

    ReplyDelete
  3. Ja,
    akak pun heran tapi semalam kahar dok melihat2 didinding restoren ada banyak frame yang menerangkan beberapa jenis tupai. ashtray depa pun bentuk tupai... tuan punya restoren membesar dengan di kebun yang ada byk tupai.. tupai ni cantik.. cute... sekali-sekala ternampak berlari2 depan rumah...

    azie,
    yes... inilah cawangan dari bukit petaling tu... yang di bukit petaling tu, rimbun sangat pokok2 disekeliling restoren.. yg ini, seelok-elok jer sebab takda pokok merimbun dan restorennya lapang, bersih dan kemas...

    ReplyDelete
  4. sya,
    memang sedap cumanya pesakit buahpinggang kena elakkan sebab penggunaan ajinomoto dlm sup dan fish ball... nanti cepat dahaga...

    ReplyDelete
  5. try stimbot yg ada air kelapa tu tak??>
    syedapppp....

    ReplyDelete
  6. drsinga,
    kami (pesakit buahpinggang) tak boleh minum air kelapa... byk potassium... :-(

    ReplyDelete
  7. Nak juga cuba sebab anak2 kak Zai suka stimbot. Selalunya kak Zai pergi Restoren Nelayan kat Titiwangsa.

    ReplyDelete
  8. hehe..mujor tak musang-musang.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...