Thursday, April 1, 2010

Siksanya lah pulak...

Sejak dari hari selasa lepas akak cuba hendak mendaftar anak bongsu masuk ke sekolah. Bila akak sampai di sekolah tersebut, ternampak kain rentang yang mencatit apa yang perlu untuk mendaftar. Segala keperluan seperti dokumen yang dikehendaki telah disediakan melainkan sampul surat 4x9 dan setem .50sen.

Akak pun bersama-sama dengan Aisyah pergi ke Pejabat Pos Bandar Baru Bangi Seksyen 1. Sebaik selesai membeli setem, akak pun membeli sampul surat di kedai yang berdekatan.

Olehkerana sampul surat yang diperlukan sampul surat putih dan akak terbeli sampul surat coklat kerana pada mulanya tak perasan warna sampul surat yang diperlukan...rupanya ada tercatit sampul surat putih..... maka akak berhajat hendak melaksanakan kerja ini pada hari Khamis.

Tiba hari Khamis, siap semua dokumen yang diperlukan, akak pun pergilah ke pejabat sekolah di tingkat satu. Mengah jugaklah nak naik tapi gagahkan juga kerana pendaftaran dibuka hingga akhir bulan April. Sebaik tiba, dengan termengah-mengah akak pun berjumpa dengan kerani sekolah. Kerani sekolah menyatakan pendaftaran perlu dibuat 'online' dan bila dah daftar online dan dah cetak borang permohonan tersebut, barulah datang mendaftar di sekolah tersebut.
Kadang-kadang perkara begini boleh membuatkan kita malas nak layan...

Dengan penatnya berkejar ke Pejabat Pos hanya untuk beli setem , mencari sampul surat putih, kepenatan naik tangga belum hilang... dengan permohonan yang perlu melalui online... bila dah buat permohonan online... printer pulak habis dakwat.... memang rasa nak gggggggrrrrrrrrr.......

17 comments:

  1. Sis Rahmah...sebab hal yang macam-macam inilah meninggikan lagi tahap kesabaran kita...Sabar itu juga sebahagian dari iman...hehe

    ReplyDelete
  2. Wah.. cantik rumah baru Dik Mah ni.. :)

    ReplyDelete
  3. syina...
    betul tu.. sebab tu hanya mampu cakap gggrrrr... tak cakap lebih2 yg tak patut.... hehehehe...

    kakcik,
    ini kerja dak qeeb tu.. dia yang suka menggodeh.. dah ramai orang dok tukar umah, saya pun biarkan jer.. cantik pulak...

    ReplyDelete
  4. Aisaymaaannnnn.. lawalah umah baru Akak.. Oooppsss, umah yg lama, cuma tukar cat baru..

    Akak, awatlah depa buat bg susah mcm tu? Time kita dedolu, mana ada mcm tu? Berskolah gak kita, kan? jd org gak..

    ReplyDelete
  5. JA,
    Itulah menyusahkan betul.. macam nak daftar masuk IPTA... kalau dah sure dapat kerja doktor ke, lawyer ke.. masjisteret ker.. kira baloi lah jugak.. I pikir jugak kalau orang yg tak da komputer dan tak tau nak guna komputer..cam mana?.. depa suruh jugak ker?...

    ReplyDelete
  6. Akak, satu2nya yg I takde confident nak buat ialah renovate Al-Kisah.

    Apa pun, syabas pada Qeeb. Wajinnya dia..

    ReplyDelete
  7. aisyah nak sekolah tahun depan?mesti dia seronok dan teruja tu..;p

    ReplyDelete
  8. hehehehh..
    kadang2 ada hari kita mmg mcm tu la akak
    ada hari buruk sedunia buat kita la
    hari tak nasib baik la
    macam2
    hehehehe
    yg penting kita fikir +ve
    semua bersebab dan ada hikmahkan

    sihat ke tuh

    ReplyDelete
  9. Memang kita terfikir macamanalah orang2 yang tak berapa pandai bab2 tenet.Tapi dah peraturan nak tak nak terpaksa buat.

    ReplyDelete
  10. kak som,
    i tinggalkan lektop sekejap jer, umah i dah kena godeh... sampaikan merafak sembah qeeb sebab dah pandai2 ubah furniture umah akak.. tgk cantik, setuju aje... rezeki takkanlah nak tolak... khan...

    sya,
    aisyah sekolah 2012.. ada setahun lg...tp JPS dah buka pendaftaran...

    birU,
    bila dah buka puasa.. penat dah hilang, dah tak kisah sgt... ikut jerlah..

    kak zai,
    itulah, muga2 depa beri kelonggaran....

    ReplyDelete
  11. Salam hajah,
    Sepatutnya kerani sekolah tu tak bolehlah 'reject' hajah. One track mind dia tu. Dan tahniah pada Qeeb mencantikkan rumah ummi dia.

    ReplyDelete
  12. kak hajah nora,
    hmmm... dia ikut prosedur kot... mmg rasa tak baloi tp.. dah mcm tu pulak kehendaknya...
    Qeeb mmg minat dia menggodeh2... hasilnya kira cantik gak...

    ReplyDelete
  13. DrSinga,
    nak mengaum rasanya....
    Rrrrrrrrrroooarrrrr.......

    ReplyDelete
  14. Wahhh... sejuk mata tengok rumah baru AKAK...

    Saya jer tak berani nak tukar, takut semua link ilang...

    ReplyDelete
  15. kena online ek skrg kak??
    org dah dtg tu kan ke elok layan je terus...
    tak pun kat notis tu bgtau awal2 kan?

    ReplyDelete
  16. azie,
    kalau bukan qeeb yg rajin mencari dan menggodeh.. tak mananya akak nak tukar.. bila dia tunjuk, masuk hatilah pulak....

    mimi,
    kalau ikutkan dalam laman web tu, Jabatan pelajaran negeri selangor yang mulakan begitu... sekolah ikut jer... kita kenalah ikutkan jugak...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...