Semalam, seperti yang akak ceritakan... akak kena cherry berry sewaktu sedang dialysis... 3 kali kena berkejar ke WC... badan pun jadi agak giddy dan funny. Awalnya akak memandu shendiri ke hospital kerana suami teramat bizii... tetapi bila dah rasa agak tak selesa macam tu, akak pun beritahu suami akak tak larat nak memandu pulang, Suami minta akak duduk tunggu di kaunter dialysis sementara beliau selesai kerjanya.
Agak lama juga akak menunggu suami selesai kerjanya. Sementara menunggu akak pun berbual-buallah dengan dua petugas yang ramah mesra di kaunter iaitu Ila dan Anis.
Tiba-tiba masuk seorang pesakit yang bergari tangannya dan diiringi dengan seorang anggota polis wanita dan dua orang anggota polis lelaki. Pesakit/pesalah ini seorang wanita yang berusia dalam 28 tahun. Akak agak terpaku melihatkan perlakuan pesakit dan anggota polis tersebut. Inilah pertama kalinya akak melihat dengan mata kepala akak sendiri pesalah yang digari dan anggota polis pengiring. Akak nampak tangan pesakit/pesalah itu bergari dan rasa agak sedih melihatkan keadaannya. Terfikir di kepala kenapalah dan apalah kesalahan budak perempuan muda ini.
Sebaik selesai urusan mereka di kaunter, kesemua mereka menuju ke dalam bilik rawatan. Akak mendekati petugas kaunter dan bertanya mereka apakah kesalahan budak perempuan muda tersebut. Kata mereka kesalahan yang dilakukan oleh budak perempuan muda (BPM) tersebut ialah menjalinkan hubungan dengan warga afrika dan mengedar dadah. Kesiannya... dalam usia yang masih muda BPM itu terjebak dengan orang yang salah dan melibatkan diri dalam jenayah yang boleh dihukum hukuman gantung sampai mati. Kenapalah BPM itu boleh salah pertimbangan dan memilih kawan/kekaseh yang salah.
Puas juga akak memikirkan hal BPM tersebut. Kesian yang lebihnya. Dahlah sakit dan kena menjalani rawatan dialysis, kena tahan di lokap polis pula. Sepatutnya dalam usia begitu, BPM itu menjalani hidup yang selesa, sedang bergembira dengan ahli keluarga dan kawan-kawan dan tidaklah terkurung dan menanti dijatuhkan hukuman.
Doa akak agar anak-anak kita semua tidak akan terjebak dengan perkara seperti ini. Doa akak agar anak-anak kita semua dijauhi daripada segala marabahaya dan aniaya manusia. Amin.
Akak ammeenkan doa hajah.
ReplyDeletekak hajah nora,
ReplyDeleteterima kaseh dan amin sekali lagi....
Cinta kdgkala membuatkan manusia tidak mengenal baik dan buruk.. Mudah2an anak-anak serta ahli keluarga juga saudara mara kita dilindungi Allah dari segala gejala yang tidak sihat..
ReplyDeleteAminnnn... sungguh sedih melihat sendiri di depan mata..
ReplyDeletegenerasi kita, bangsa kita...
Moga dijauhkan..
dah jadi trend sekarang. becinta dgn warga asing, tau2 modus operandinya edar drug. ramai dah anak melayu yang kena gitu. nauzubillah...
ReplyDeletetapi kan kak... dia boleh dapat excuse nak keluar lokap..keluar penjara ..kena gi dialysis..
ReplyDeletetak terpengap je kat penjara..
AMIN.....
ReplyDeletedah le anak2 kita pompuan belaka..huhuhu
Moga2 Allah SWT jauhkan dari kita semua.
ReplyDeleteKadang2 dek terlalu ghairah berkawan dengan bangsa asing terlupa sebenarnya mereka di peralatkan.
Anak tersilap memilih jalan, tersalah memilih pasangan.. itu semua ujian Tuhan buat si anak dan mak ayahnya skali.. Bukan mudah nak memadam cinta anak muda yg membara menyala.. Segala nasihat, pedoman orgtua, tak dipandang sebelah mata pun..
ReplyDeleteAkibatnya, seluruh keluarga jd serabut.. Usia muda dihabiskan di sebalik tirai besi yg memisahkan diri dgn dunia luar.. Nyesal kemudian..
Kita sama2 saling mendoakan biar anak2 kita dijauhkan drp mana2 makhluk yg boleh memudharatkan..