Thursday, April 22, 2010

Tujuan Naik Bukit Antarabangsa....


Inilah tujuan yang sebenarnya kenapa kami sanggup sesat barat menjejaki/menjelajah Bukit Antarabangsa. Akak lah yang terbaca dalam FB mengenai restoren ini. Dah berkali-kali jugak kami nak cuba sebelum ini tapi belum ada rezeki. Suami mencadangkan kalau nak mencari kena hari siang, jadinya hari sabtu dan ahad lepas tak jadi pergi sebab dah penat balik dari makan kenduri adik, malas pulak nak keluar pada petangnya. Kalau malam, alamat tak jumpalah restoren ni.

Cari punya cari, pusing punya pusing rupa-rupanya restoren ini berada di atas bukit yang melorot turun pada disember 2008 lalu. Cukup seriau jugak mengenangkan. Tapi dah berhajat nak makan, ikutkan jugak tekak ni. Suami memang kiranya... Alhamdulillah sangat... tak pernah lagi dia tak mahu cari kedai yang menjadi pilihan tekak akak... Jazakallah... Yang....

Untung baik jugaklah akak teringat nak bawak handphone sebab masa balik dari hospital handphone dah habis bateri, Sambil solat zohor sempatlah akak charged. Ingatkan nak tinggalkan ajer biar charged sampai penuh, tapi entah kenapa... ambil jugak kesudahannya...
Rupa-rupanya berguna sangat-sangat... Bila dah sesat barat.. teringat nak talipon restoren tersebut dan dapatlah kami mencari jalan ke restoren tersebut...

Inilah rupa kedainya.
Siap ada tempat solat. Dahlah kami ni keluar lepas zohor terus ke Hospital Selayang... solat Asar masih atas jalan mencari sebab dah sesat barat. Sebaik sampai kedai, order dan terus solat... sedang solat, bau gorengan itik panggangnya menyusuk jiwa.. tak kusyuk imam dan makmum...
Imam doa lebihkurang terus bangun.. Makmum terkial-kiallah nak lipat telekung dah kena panggil dek imam... Hai lah Imam...

Waaaaa LLaaaaaaa Inilah itik panggang... yang sangat2 akak hajati.... bercicah sos plum... ssseddappp sangat...
Pssttt kak som... inipun geng you jugak kan... sowwy....

Psssttttt... kak som.... inilah geng baik u yang dah sempat di katok dan di masak dengan telor asin...

Udang goreng nestum... pun sedap tapi kami dah kenyang makan itik dan ketam... tak usik pun...

Baby Kailan dengan sos tiram..

Yee Mee Kong Fu..

Verdict...
Akak memang puji masakan restoren ini.... Suami akak pun turut setuju... Kami akan datang lagi dan mencuba resepi yang lain pulak... Tapi tentang itiknya.... memang bestt.....

Alamat Restoren
No 1, Lorong Wangsa 5A,
Bukit Antarabangsa.....

Untuk keterangan lanjut lawatilah FB Hj Sharin Low Seafood.....

( Nak mencarinya.... azab.... sebab nombor jalan jaraknya jauh sekali.... paling mudah kalau dah jumpa Giant dan Petronas... terus naik ke atas hingga Jalan Wangsa 9, masuk situ... barulah jumpa Lorong Wangsa 5A... walhalnya dekat dgn Giant dan Petronas.. jalan wangsa 2/4/6.... Lorong wangsa kena naik atas nunnnnnnnnn........)

8 comments:

  1. Akak, kalau dpt kat I ketam tu, wajib I katok dia sekali lagi.. ekekekeee...

    Baru tadi I jumpa resipi Udang Gowen Nestum.. nampak sedap, pengin nak try.. kena tunggu weekend, time kami 14 beranak ada kat umah.. (berangan anak 12.. hehehe..)

    ReplyDelete
  2. Ja,
    akak pun selalu berangan anak banyak... selalu akak suka jawap especeli bila orang tanya.. kadang mulut owang ni bukan dah insuran..
    "anak 4 org pompuan Jer...."
    akak akan jawap...
    " Tak, 4 abang-abang depa dah kawin dan masuk unibesiti..."
    Puas hati Kannnnnnn......

    ReplyDelete
  3. sedap pulak tgk kak oiii...laok cina mmg sedap2 kan? tp payah nk jumpa yg muslim punye. musti mahai tu...

    ReplyDelete
  4. Ai,
    ALhamdulillah Ai... masakan cina memang sedap lebih2 lagi kalau muslim.....
    (harganya berpatutan...)

    ReplyDelete
  5. Mmmm...

    Mula2 itik ...
    pastu ketam ?

    Owhh donia!!! Owh Owh Owh..

    ReplyDelete
  6. kak som...
    itulah kenapa memang sedap 'makan' species itu???..
    dunia memang tersangatlah kijam....
    hahahahahahhaahahahah

    ReplyDelete
  7. Mah bab udang goreng nestum tu..dah tau tak berusik tak reti-reti ke nak tapau hulur kat kita ni, bukan jauh pun.

    Klu tau mah nak pegi bole join skali sbb kita pun mmg teringin nak ke restoran tu. Mengidam benor nak mkn itik panggang. Rasanya tau plannya sbb pernah singgah Petronas dan Giant tu, ada time nak gi cari le. Maklum peminat chineese food.

    ReplyDelete
  8. Yati,
    tak tau suka...
    dah tau suka... nanti kita pergi sama-sama.. OK?..

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...