Hari ni, boipren kena pergi mesyuarat kat putrajaya.. sebab tempat letak kereta di sana terhad, makanya boipren pergi awal-awal pagi. Hantar anak ke sekolah dah jadi tugas akak. Lepas hantar, terus pergi spital. Perut masa tu punyalah sakit tak boleh nak cerita... nak singgah stesen petronas.. takut lambat dan jalan menjadi sesak pulak nanti. Tabahkan juga, gigih bawa terus ke hospital. Ingat segala petua... kena ulang berkali-kali cakap ' tak mau ..... tak mau....' dan petua yang baru dapat gentel baju dan ulang cakap 'gentel ... gentel .... ' maka dengan selamatnya tanpa mengalami 'pertaburan' yang dahsyat dan amat-amat ingin dielakkan.
Tiba di kaunter unit dialysis, terus tinggal beg dengan Ila. Berlari masuk WC. 5 minit kemudian, keluar... dengan perasaan yang sungguh lega. Banyak lega kerana tidak mendatangkan mudharat pada mana-mana pihak.
Sedang mencuci darah... akak bukak kiriman lagu dari teman sekelas waktu tingkatan 4 dan 5 dahulu iaitu Yani. Lagunya power-power.... yang paling akak boleh dengar berkali-kali sampai tak mabuk ialah ' Seribu Tahun ' daripada nyanyian Imran Ajmain. Woooohhhh... power tu....
tangan pulak pandai godeh sana sini.. dapat lirik lagi... dengar dan hayati lirik... ooooooo tak main-main... tangkap syahdu.....
Balik cuci darah, dalam perjalanan nak ambil anak, sempat pulak singgah di JPJ Cawangan BBBangi. Lesen yang dah cukup 5 tahun dahulu dah hampir tamat tempoh. Akak pun ingat nak tambah lagi 5, tapi kena ada gambar. Ambil 3 tahun aje dulu... panjang umur.. ambil gambar.. tempek lagi gambar terbaru 3 tahun lagi. Yang pasti sure akak dah gelap macam 'dayang senandung' masa tu...
Menurut ketua jabatan nephro yang merawat akak, kulit pesakit akan menjadi semakin hitam akibat pengambilan makanan yang mengandungi phosphate. Phosphate terdapat dalam kekacang, nasi ayam, kari, mee goreng, baked beans, air tebu, air soda, ikan sardin, jagung rebus, biskut, satay, milo, kuih muih.... memang sepatutnya kalau nak sihat memang kena pantang... tapi akak pula jenis pantang jumpa... mesti makan. Sekarang dah nampak kulit makin gelap... Hampir menjadi 'dayang senandung'.
gentel..gentel..
ReplyDeletetpkan kak, sebenarnya pusat pemikiran yg mengawal hajat kita tu, jd tumpukan perhatian, alihkan perhatian itu yg ponting, kalau gentel sampai koyak kain tu, x jd apa jugak ;p hheheheeee...
Dik Mah..
ReplyDeletebiarlah dayang senandung pun.. janji sihat, kan? :)
sya,
ReplyDeletemungkin sebab dah kawal pikiran maka rasa nak ... dapat ditahankan... sebutlah apa saja.. sure boleh menahan...
kakcik,
hmmmm.... betul tu... janji sihat. Tapi, saya tak sangguplah jadi dayang senandung... huhuhuhuhuhuhu
Akak, supaya tak jadi dayang senandung, boleh tak kaunter balik dgn minum air soya? Ehh, soya nih jenis kekacang kan? Got phosphate jugak kekdahnya :-(
ReplyDeletep/s: JJCD (cuci darah) terus jadi JJGG (gentel2), hehe..
kak som,
ReplyDeletei cuba jugaklah apapun biar i tak jadi sangat2 'dayang senandung...'... tq...
puas jugak menggentel hujung baju tadi...
AKAK... Dayang Senandung pandai ngaji tauu...
ReplyDeleteAKAK > Dayang Senandung tu pandai ngaji tau KAK....
ReplyDeletepastu lawo, ramai minat dia KAK? So, why worry? hehehehe...
Janganlah jadi dayang senandung, mesti ada rawatan yang boleh pulihkan semula.
ReplyDeleteazie,
ReplyDeletemakanya akak kenalah menjaga shuwawa dan belajar 'bertaranum'.. ngeh..ngeh..ngeh..
beza dayang senandung, masa lahir gelap.. bila dah besar putih...
akak pulak, lahir putih... bila dah semakin tua semakinlah gelap... huhuhuhuhuhuhuhu....
kak zai,
rawatannya ada.. sedang dibincangkan... tap melibatkan 'pantang'....
LOL!!! saya dah lama tak tengok cerita dayang senandung tu akak oii!
ReplyDeleteTapi setiap tahun selepas manghadiri sukan sekolah anak, saya memainkan karektor dayang senandung tu!!! heehee...
Yang kelakornya tahun ni,kulit muka saya lebih masak dari kulit anak saya di PLKN.
eleena,
ReplyDeletetak payah risau, cerita dayang senandung ada kat sini...