Sunday, April 11, 2010

JJDH, JJSB, JJMK....


Akak kiranya dah lama juga tak buat steam bath... Bukannya apa.. dah malas pulak nak berulang ke Hotel Equatorial Bangi untuk buat steam bath... suami dah mula menasihatkan agar akak mulakan semula xtvt buat steam bath. Akak setuju tapi mestilah di Spa Clarks, Hilton... Tempat ni nampak lagi 'happening' sebab bukan hanya akak seorang yang boleh menyeronokkan diri di situ tapi anak-anak pun turut seronok dgn xtvt di situ.

Maka suami pun membawa kami sekeluarga JJDH ~ Jalan-jalan duduk Hotel....
Dapat bilik di tingkat 29... tingginya....

Sempat ambil gambar pulang dari The Mall ke Hilton Hotel... KL Sentral...

Tingkat 29.... mengadap Jalan Travers.... (akak suka.. sebab akak dah lalu jalan ini sejak dari kecik2 lagi ikut arwah mak pergi belajar agama di Kg Kerinci, Pantai Dalam~akak ada cerita dalam entry akak yang terdahulu mengenai kawan-kawan mak di Kg Pantai Dalam...) Jadinya akak dah lihat berbagai2 perubahan di sepanjang Jalan Travers.

Siap bergambar lagi....

Sementara anak2 mandi di Kolam Renang, akak sempat ke Spa untuk Steam Bath.
JJSB ~ Jalan-jalan Stim Bath..

Suasana dalam Female Changing Room ini lebih menyeronokkan dari Hotel Equatorial Bangi dan Hotel Equatorial Melaka... akak lebih selesa di sini....

Dapat loker nombor 25...

Anak-anak yang dapat permainan yang boleh melekakan mereka...

Tapi... akak paksa mereka supaya mereka mandi di Kolam Renang kerana inilah sebabnya kami menginap di sini....
JJMK ~ Jalan-jalan mandi kolam..

Bila dah mula main 'slide' di kolam... masing-masing cukup teruja...

Ainlah yang paling seronok...

Bertiga-tiga menuruni slide dengan pelampung...

Sedang seronok mandi...

Pemandangan kolam dari atas... (bilik)

Pemandangan di hadapan...

Nampak Muzium Negara...

Pemandangan di kawasan sekitar..


7 comments:

  1. Bila2 nanti fa nak JJTS ngan akak, boleh? heee...

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya dapat lepak situ. Saya tertarik dengan baju mandi Muslimah budak-budak tu.. Saya belum nampak lagi kedai mana yg jual tu. AKAK beli online yer?

    ReplyDelete
  3. fa,
    boleh saja... jjts?..

    azie,
    akak beli melalui iklan di majalah Anis...

    ReplyDelete
  4. Bestnya ... tis..tis..tiss..

    Muzium Negarakah itew? hehehe.. dah berdekad2 duduk di KL namun tak pernah sekali kaki ini meredah kesana. Yaa mengaku, I memang tak senonoh!

    ReplyDelete
  5. kak som,
    yap... muzium negara... i pun tak rajin membawa budak2 ke muzium.. lg tak senonoh...
    kak som,
    psstt... nanti bila u bercucu, sure u wajin...
    larikkkkkkkk......

    ReplyDelete
  6. tingginyeeeeeeeeeeeeeeeeeee....best!

    ReplyDelete
  7. Ai,
    kalau nak fikir best memang best... tapi bila pikirkan gempa... (baik mengucap awal2 sebelum naik..)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...