Pagi-pagi subuh sepi'eee... (bestnya mengguna pakai ayat kegemaran Dinda Ja...) kami anak beranak dah dibangunkan oleh azan subuh dan abah yang mengajak anak-anaknya jalan-jalan hari sabtu. Anak-anak yang dah biasa bangun pagi mudah saja bangun, mandi dan bersiap berpakaian. Selesai semua persiapan, kami menuju ke Kampong Baru untuk sarapan.
Kami harus melalui Terowong Smart. Masa anak-anak masih pelat, selalu kami berulang alik dari Penang ke Kuala Lumpur atau Melaka.. masuk Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan di Perak .. anak-anak suka menyebut 'Teworong....Terlorong...'... sekarang masing2 dah pandai menyebut kecuali Aisyah....' Tewowong....'
Tiba di Jalan Raja Uda, Kak Sham tak meniaga pula.. tapi tak putus asa.. Kami terus kerumah Arwah keluarga Kak Sham yang kini diduduki oleh adik perempuannya yang turut menjual Nasi Lemak. Alhamdulillah... buka dan masih berjualan. Singgah beli nasi lemak dan lauk-lauknya tapi tak boleh menikmati makan di situ kerana tiada disediakan kerusi dan meja seperti gerai Kak Sham. Kami yang kebetulan ingin JJHS ke The Mall.. terus menuju ke sana.
Tiba disana terus ke Food Court. Orang meniaga air dah mula berjualan. Alhamdulillah. Duduk di meja, buka bekalan, suami belikan minuman kami pun mulakan makan. Tak teringat nak buka camera ambil gambar sebab perut dah bernyanyi-nyanyi.... Dah kenyang perut baru teringat... hmmm.. apa pun dah tak tinggal..
Sementara menanti suami yang mempunyai urusan di Hotel Legend, kami anak beranak merayap-rayap di The Mall. Nampak kedai haiwan peliharaan... masing2 teruja tapi bila ditanya siapa yang selama ini yang membela tortoise, arnab dan kucing?... Masing2 terkedu tak boleh jawap... sebab mereka bukan ambil kisah nak membersihkan kandang arnab dan kucing... Bibik jugak yang membela ketiga2 binatang tersebut...
Sekadar melihat-lihat sahaja setelah diberi amaran..
Dah lama akak tak jejak kaki disini... sejak ketiadaan Yoahan... Kalau dulu sewaktu akak tinggal di Taman Keramat, sinilah tempat kami bawa anak makan-makan dan shopping..
Sambil menunggu abah yang menghadiri ceramah di Hotel Legend.. kami menunggu di Mc Donalds setelah penat menyopping CD, baju ibu mereka.... ( Ha..ha..ha.. sekali2 ibunya pulak nak menyopping... asyik beli baju depa saja...) Ibu dapat 2 helai baju dan sehelai seluar.... eeeeee.... ibu suka sangat-sangat..
Wahhh seronoknya jalan-jalan. Saya kalu singgah The Mall tu singgah Kenny Rogers jer lah..
ReplyDeleteLewat ptg semlm, temankan TK mamam kat restoran ni.. I dah kenyang, so order satay je.. Malam tidur, tak sempat nak pagi2 subuh sepi'ee lagi dah, perut ni dah meragam!! awatlah peyut ni sgt tak nak sehati sejiwa dgn serai lengkuas n kuah kacang, sdgkan I sgtlah tak tahan godaan bau satay? mencik tauuu!!
ReplyDeleteazie,
ReplyDeleteakak dulu2 kalau ke the mall, suka pizza hut...
ja,
akak kalau masak kuah kacang mmg suka ada lengkuas, halia, serai.. wangi baunya...
Kita kaaaan, hmmm.. lupalah pulak bila last time ke the Mall tu, hehe.
ReplyDeletekak som,
ReplyDeletekita pun....
dah tak duduk keramat, tukar tempat shopping...