Saturday, April 17, 2010

JJAN~ Jalan-jalan adik nikah...


Alhamdulillah...
segala-galanya dah berjalan dengan lancar...
Adik teruna bongsu kesayangan telahpun selamat dinikahkan tengahari tadi.

Kami sekeluarga turut menghantar pengantin ke Sepang, Selangor.

Bunga sirih junjung.

Wang Hantaran dan seutas rantai dan loket.

Abang kedua yang dah menjadi ketua keluarga kami semua setelah ayah meninggal.

Wang Hantaran yang dimasukkan di dalam album.
Teringat masa akak punya dulu, digubah menjadi bunga... bila nak masukkan dalam bank, puas lah akak kena licinkan semula dan kena buka satu persatu bunga tersebut. Yang paling gelihati sewaktu di kaunter, petugas bank siap mengusik dan bertanyakan 'wang hantaran yer' sebab keadaan duit yang kerenyuk.
Sekarang dah maju. Boleh guna bank draft, wang tunai dalam album...

Antara barang hantaran dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Masih anak dara... belum bergelar isteri...

Sebaik 'jabat tangan' digoncang oleh bapa mertua... lafaz lancar... maka sahlah bergelar 'suami' sibujang teruna... bertukar status menjadi 'suami orang'. Tanggungjawap yang besar dah tergalas.

Hantaran yang termasuk seutas rantai leher dan loket.

Hanya untuk tujuan bergambar kenangan...

Tertunai sudahlah hajat ibu yang ingin melihat anak teruna bongsunya berumahtangga. Setelah berusia 40 tahun, terbuka pula hati si bongsu untuk berumahtangga.
Dengan penuh syukur dan doa, si ibu merestui pernikahan anak bongsunya.

Kakak si bongsu turut berasa gembira.

Jurugambar majlis yang banyak bertungkus lumus mengambil gambar bapa saudaranya.

Jurugambar 'professional'.... dari gred khas. Manyak mahal mau bayar 'fees' wooooo...

Keluarga akak. Kakak yang paling tua dan anak teruna sulongnya dan anak perempuan bongsunya.

Adik perempuan bongsu akak dan ibu.

Adik perempuan dan suaminya.

Abang Ijoi ketua keluarga kami dan abang Din ( abang ipar akak ).


9 comments:

  1. salam akak..
    wah..ke sepang ke hari ni...kat mana tu ye..alhamdulillah selamat dah adik akak nikah dn mengakhiri zaaman bujangnya..mudah2an berkekalan.

    ReplyDelete
  2. ida,
    salam kembali,
    kami ke kampong hulu teris, sepang. Alhamdulillah dan terima kaseh.

    ReplyDelete
  3. Tahniah, dapat adik ipar. Adik sepupu (cousin brother) dah 40 tahun tapi belum ada jodoh lagi!

    ReplyDelete
  4. Kak hajah nora,
    Alhamdulillah... kakak saya yang usahakan. Dah dua kali kakak carikan, yang ini pula yang dijodohkan. Kakak tak putus asa.. cuba lagi... Alhamdulillah.. berkat usaha kakak saya yang gigih dan juga jodoh yang telah ditentukan Allah snw....

    ReplyDelete
  5. Gumbiranya Akak dpt adik ipaq baru.. Bertambah sorang lagi ahli kelorga..

    Hrp2nya dlm masa 10 bulan lagi ada plak n3 Akak dpt anak sdr baru.. manyak siok woooo!!

    ReplyDelete
  6. ja,
    depa memang kena kejar masa... sebab sama-sama sebaya...
    anak sidala memang siok wooo... main2 kejap, lepas tu bagi balik kat mak dia... tadi pun dah jumpa cucu sidala... pegang kejap, lepas tu bagi balik kat mak dia... eeeeee..seronok...

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak. Dpt adik ipo bongsu. Semoga dowang akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...

    kak, tak dpt ye photoG aritu?

    ReplyDelete
  8. kamewe baruuuuuu.....
    cantik gambar!!!

    ReplyDelete
  9. Ai,
    terima kaseh...
    adek akak dah ambil khidmat yg pihak pengantin perempuan punya... tq...

    drsinga,
    itulah pasai... kakak pengantin dan BIL pengantin sibuk masa hari nikah... 1st assignment kenkononnya...
    DSLR baru dan camcoder baru...
    gigih...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...