Tuesday, April 13, 2010

Ke Stadium..


Hai..lah...
Dalam banyak-banyak hari, boleh ker sekolah ni SMJE buat hari sukan pada hari ini?.. Tapi kalau dibuatnya sabtu ini... harus jugak tak boleh kami pergi sebab nak menghantar adik bujang teruna bongsu akak yang akan bernikah pada hari Sabtu ini di Sepang, Selangor.

Anak sulong akak yang sekolahnya akan mengadakan sukan pada hari sabtu ini, harus.... kemungkinan besar juga tidak akan dapat hadir di hari sukan sekolahnya... Jadilah, apasal lah akak nak mengeluh bila SMJE buat hari sukan hari ini.

Cumanya, kesianlah kat anak-anak yang ibu dan bapanya tak dapat nak hadir bersama-sama...
Tapi kan...
Akak pun yang cuti dialysis hari ni pun taklah dapat sama-sama datang meraikan hari sukan anak akak. Walhalnya dia masuk acara lari 4 x 100 dan lumba lari 100m. Akak kan cuti... ABC... hari inilah akak dalam hari-hari yg sibuk... dapatlah bangun agak lambat sikit.... Nikmatnya tidur...

Pukul 1200 tengahari Qeeb dah talipon akak beritahu acara lumba larinya dah dapat hadiah. Jadinya dia nak pulang sekarang dan tidak perlu menunggu habis semua acara dalam pukul 2 petang. Akak pun teruslah ke Stadium dan menjemputnya pulang.

Stadium Seksyen 15.

Pemenang lumba lari 4 x 400 dan lari 100m. Inilah sorang anak akak yang membawa balik medal dalam acara sukan... Setakat ini dah 7 medal.... 4 emas, 2 perak dan satu gangsa....
Tahniah qeeb....

Dalam waktu yang terluang sebelum nak mengambil Ain dan kakak, akak pun singgahlah di kedai runcit seksyen 4, beli barang keperluan untuk masak hari ini. Dari jauh dah nampak kereta PS Ella. Saja akak berhenti kereta depan kedai dan skodeng menanti PS Ella keluar dari kedai. Sebaik ternampak PS Ella keluar kedai, akak pun jerit namanya...

Aksi terkejut PS Ella.

Aisyah jika tidak dibawa ke Seven E, rasanya macam tak lengkap hidupnya... Nanti sampai rumah dia akan minta...
Keluar dari Seven E ditemani kakak Qeeb.

Bergambar bersama makcik Ella kesayangannya...

Hmmmmm... baru perasan kulit akak dah semakin gelap.... Kesan daripada phosphate yang tinggi....


8 comments:

  1. wah.. Qeeb ini memang seorang anak yang cergas, lincah dan cerdik.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah QEEB... kuat dia lari yerrr... apapun Azie selalu suka tengok rambut AISYAH yang lebat lagi hitam tu... pakai minyak nyok kerrrr...

    ReplyDelete
  3. kakcik,
    terima kaseh... alhamdulillah...

    azie,
    terima kaseh..
    aisyah tak pakai minyak nyok... sebab manalah ibu aisyah rajin nak masak minyak nyok...
    semulajadi dan keturunan....
    macam tu lah rambut ibu Aisyah masa kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  4. Apalah yang dibeli oleh kak2 berdua ye sampai terseyum lebar pipi ke pipi!

    ReplyDelete
  5. ooohhh...
    baru kita tau...
    phosphate eh yang cause tu??!!

    ReplyDelete
  6. kak hajah nora,
    beli kuih... ella yg recommend kata sedap...
    bila beli memang sedap...

    drsinga,
    itulah yg dikatakan ketua jabatan nephro... kena makan phosphate binder.. tapikan perut tak tahan kalau makan phosphate binder... nak kena biasakan...

    ReplyDelete
  7. Kagum dgn bakat pelarian Qeeb.. Adik pun slalu masuk acara lari gak, tp bknnya 4x400 m ke 100 m ke.. dia masuk acara MELARIKAN DIRI..

    Akak, biaq kulit semakin gelap, asal hati semakin hari semakin cerah bersinar, suci murni..

    ReplyDelete
  8. ja,
    hehehe... acara 'melarikan diri' mmg best kan.. anak dan emak pun sama bersubahat...
    hmmm.... bila akak dah gelap macam 'dayang senandung' nanti, jgnlah tak kawan yer....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...