Monday, April 5, 2010

Alhamdulillah....

Akak pulang dari dialysis hari jumaat dengan berat 58.7kg... setelah berhari2 berat berlebihan dan usaha menarik air sehingga 3.5kg. B/P pun tinggi... boleh mencecah 175/105... tapi Alhamdulillah, usaha akak berpuasa pada hari Khamis dan Sabtu membuahkan hasil....

Pagi ini akak tiba dengan berat 61.7kg dan B/P 157/84... Alhamdulillah... Tidak perlu lagi akak menarik air sehingga 3.5kg.. Tapi untuk menstabilkan 'dry weight' akak... hari ini akak perlu tarik 3.0kg.. Dry weight yang ideal buat akak adalah 57kg. Insya'Allah.. sebelum jumaat ini akak akan dapat semula dry weight 57kg dan B/P akan normal semula tanpa perlu makan 4 jenis ubat darah tinggi.

Tapi... banyak perlu dilakukan juga untuk memastikan kejayaan mencapai dry weight..

Sewaktu majlis perjumpaan di rumah teman Jumaat lalu, akak perlu menjaga agar tidak minum dan makan berlebihan. Kesibukan berbual-bual dengan teman-teman banyak membantu... Kegembiraan bercerita kisah lama juga membantu akak kurang makan dan minum.
Hari Sabtu pula, akak berpuasa. Hari Ahad, hajatnya nak puasa juga tapi akak dan suami terpaksa ke Pasar membeli lauk pauk untuk simpanan seminggu maka, akak tidak dapat berpuasa. Dan malamnya kami sekeluarga pulang ke rumah Mak kerana Mak membuat kenduri arwah buat semua semua arwah yang telah terlebih dulu meninggalkan kami. Dan sekiranya, akak dapat berpuasa dan tidak kemana-mana pada hari ahad ini, tentunya berat akak pagi ini lebih rendah.

Tapi... kita perlu juga memenuhi permintaan ibu kita... Perlu juga turut serta bila mana ada majlis keluarga. Tapi Alhamdulillah... tahap minum yang minimum membolehkan akak menurunkan berat badan dan B/P yang sudah hampir sebulan berlebihan......

Syukur Alhamdulillah.....

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga Dik Mah terus berjaya menstabilkan berat badan dan kandungan air dalam badan.. Insya Allah. :)

    ReplyDelete
  2. salam akak,
    tinggi juga akak tarik air ya, sampai 3.5 kg?
    mak biru rasanya habis tinggi pun 2 jerk, banyak 1.5 la, kalau tarik 1 tak elok sangat kan?
    tak ada kesan apa2. mak takut nak tarik tinggi, sebab dia pernah pening dulu. dia rasa sejuk nak pitam. mak jenis senyap dan tak banyak cakap, nasib nurse situ perasan mak macam tak selesa. pastu nurse jemur mak kat luar.

    kesian mak, tak boleh la nak cerita banyak sangat sebab mesti terbayangkan mak, sedih.

    hehheeh
    semoga akak okay2 sahaja ya

    ReplyDelete
  3. Salam Rahmah, dah lama akak tidak meninggalkan jejak. Emm.. akak sebenarnya kurang sihat dan di tambah pula ada masaalah keluarga. Walaubagaimana pun akak tenang...
    Rahmah, baru2 nih akak ada buat full checked up kat hospital tentera di Wangsa Maju, Emm...ada traces of protein in my kidneys...tapi doktor kata dia akan monitor my progress...risau jugak! Bermacam2 penyakit yg akak hadapi..yg sedia ada nih pun dah berat rasa nya..
    Miss you Rahmah..

    ReplyDelete
  4. Salam AKAK..

    saya sentiasa kagum dengan AKAK. Banyak saya belajar dari kehidupan AKAK. Walaupun ada beberapa masalah dan bukan senang mendisplin diri dengan aturan ubat dan segala jenis kehendak badan, tapi AKAK begitu tenang dan bersemangat..

    Semoga AKAK terus dengan keadaan sekarang, yang sungguh memotivasikan saya, dan menyakinkan saya bahawa “kehidupan kita harus dihargai, dinikmati dengan penuh keseronokan, tanpa mengenepi orang2 tersayang”

    Semoga AKAK terus sejahtera.. Rinduuuu AKAK..

    ReplyDelete
  5. that's good. terus maintain. sentiasa aware. but at the same time, still have fun. itulah AKAK namanya. hehehe

    ReplyDelete
  6. kakcik,
    Insya'Allah....

    birU,
    kalau dah capai dry weight, mmg kena kira betul2 nak tarik air berapa... kalau lebih dari dry weight... boleh cramp... mcm2 lah komplikasinya...

    kak nani,
    muga2 kesihatan kak nani akan bertambah baik... insya'Allah... take care kak nani....

    Azie,
    takda apa yg membanggakan azie...biasa2 jer...
    terima kaseh atas doa azie... :-)

    fa,
    itu saja yg akak boleh lakukan... have fun...
    :-)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...