Thursday, April 8, 2010

Pagi ini...


Macam-macam rancangan akak untuk pagi ini.. mulanya dah merancang dengan datin marina, datin ella dan datin anis hendak melihat-lihat rumah datin anis di Nilai, Ng Sembilan. Sekali lagi kami teringin hendak berjalan-jalan ala-ala rombongan cik kiah beramai-ramai. Rancangan tersebut batal kerana datin ella pula mengalami demam dan batuk sehinggalah hendak bercakap pun suaranya menjadi tersangatlah 'seksi'..

Kebetulan pula akak perlu ke sekolah anak akak untuk 'Hari Temu Mesra' antara ibu bapa dan guru. Dan untuk menambahkan kerja akak ialah membawa pembantu rumah untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan bagi melanjutkan permit kerja. Ditambah juga dengan perut yang meragam sejak awal subuh tadi kerana semalam berlaukkan Gulai Nangka dan Ikan Kurau Masin dan Goreng bendir belacan. Untuk selera memang sedap tapi untuk perut... cherry berry sekali lagi... ( Perut dah mula nak beritahu bahawa kena kurangkan makan cili padi ).


Selesai sesi beramah mesra dengan cikgu anak akak, kami pun pergilah ke satu restoren mamak untuk mengisi perut yang sangatlah lapar. Maka inilah yang menjadi sarapan kami.

Akak memilih tosei kosong.

Anak akak memilih roti canai untuk sarapannya...

Masih ada kerja yang perlu diselesaikan sarapan lepas ni...

1) Hantar maid buat pemeriksaan kesihatan
2) Singgah sekolah Aisyah untuk hantar borang yg dah cetak
3) Cari barang untuk baju pengakap Qeeb yang dah hilang...

Psssssttttt Eleena,
Siapa cakap ibu yang tak bekerja tak buat apa-apa, goyang kaki saja? malas nak buat apa-apa?...

10 comments:

  1. AKAK, saya suka juga tose tapi mesti makan dengan Telur Mata LUMBU kat atas. Baru bestttt... perhhhh!

    ReplyDelete
  2. azie,
    akak tak biasa makan tose ngan telur mata lumbu.. nanti nak cuba... tq...

    kak hajah nora,
    memang bizi demi keluarga.... :-)

    ReplyDelete
  3. Salam Mah,

    Alahai...mengancamnya lomak nangka, bendi lagi kawannnya...fuhyo! Tapi memang kan...pewot dah tak berape nak terima pedas2. Tapi I balun gak, cerry berry belakang kira! Hihik!

    ReplyDelete
  4. lili,
    memang mengancam tapi perut kitalah yang terancam... minggu ni dah dua kali cherry berry... tak bleh tahan lah...
    tapi.... tekak jahatnya... dah diajarnya kita ikan bilis sambal cili api.... sedappppp....

    ReplyDelete
  5. salam kak...
    tose?saya rasa macam br sekali je makan...
    tu pun lama dulu...

    ReplyDelete
  6. mimi,
    akak pun kadang2 jer suka nak makan tose ni, kadang2 cari nasi berlemak jugak....

    ReplyDelete
  7. gulai nangka ikan kurau masin????? nak resepi nak resepi...

    ReplyDelete
  8. ibu yg tak bekerja lagi penat kot? entahlah, mungkin sama aje penatnya dengan yang bekerjaya pun atau lebih lagi?

    ReplyDelete
  9. fa,
    akak ni adalah malas nak menyalin resepi...
    fa cari kat internet jer... mat gebu.. akak pun tiru resepi dia...kalau tak, akak pun tak tahu...

    sya,
    mana2 pun penat..
    anak2 tetaplah ada permintaannya...
    sebagai ibu, tetaplah memenuhi kehendak anak... kannn....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...