Sekali lagi akak bersyukur kehadrat Allah snw kerana diberikan kesihatan yang baik dalam menjalankan ibadah puasa pada hari ini. Syukur juga dipanjangkan kerana dapat berbuka dalam keadaan sihat dan berselera.
Juadah berbuka pada hari ini dibuat dalam keadaan mood yang baik, gembira dan tidak penat. Dapatlah idea nak masak apa... bila dibuka peti ais.. banyak barang-barang untuk masak telah lama duduk tertonggok dalam peti ais tersebut dan telah meminta berkali-kali agar diambil dan dimasak dengan hemahnya... Akak memang suka membeli tapi selalu tiada mood untuk memasak. Tapi hari ini akak bernekad untuk menghabiskan stok yang telah dua minggu duduk diam dalam peti ais tersebut.
Buah peria ni memang menjadi kesukaan akak. Akak gemar memasaknya dengan goreng bersama taucu. Tetapi setelah hampir 2 minggu 'dia' di tinggalkan di dalam peti dengan kesejukan, kulit yang hijau menjadi hampir kuning, maka tanpa berfikir panjang akak terus masakkan dia menjadi lauk kuning iaitu-masak lemak cili api dengan udang. Biarkan dia terus menerus kuning.
Ikan cencaru ni, panjang hikayatnya, Dah berkali akak keluarkan suruh bibik masak goreng. Ada dekat 3 kali ikan ni dikeluarkan dan dimasukkan semula. Bibik bila melihatkan kami tak makan dirumah, dia pun masukkan kembali dalam peti beku.. esoknya akak keluarkan.. dia masukkan semula... ( Kadang2 geram jugak.. kita dah bagi arahan gorengkan saja.. dia masukkan semula sebab bibik pikir kalau mulut dia sorang yang nak makan.. dia malas nak goreng.... kalau tak puasa tadi.. mahu saja bibik yang akak masukkan dalam peti dan ikan akan masukkan dalam bilik bibik.... hahahahahhahaha.... baca boleh percaya jangan....)
Setelah akak balutkan dengan daun kunyit, akak suruh bibik gorengkan.. akak dah niat dah.. kalau bibik ni masukkan semula dalam peti... bibik ni akak akan balutkan dengan daun kunyit tu... dan dia yang akan akak goreng... hahahha sekali lagi.... baca boleh percaya jangan...
Yani dari ipoh.. kawan baik semasa sekolah siap sms akak cara-cara nak buat tembikai laici... siap di ajarkannya.. blend laici dulu.. tuang dalam gelas.. lepas tu blend tembikai.. juga tuang perlahan-lahan dalam gelas.. tapi akak memang dah terkenal dengan andehnya... blend tembikai dulu.... tuang dalam gelas... lepastu baru blend laici.... tara...... tara.... jadi cenggini......
foul..... patutnya laici dulu.... laici dulu.... bukan tembikai dulu.... sorry yani.... nanti i cuba lagi...
tapi...sedap jugak.....
Qeeb pula minta dibuatkan jeli rasberry... akak ikutkan sebab tekak akak pun suka jelly masam-masam cenggini. Akak teringin jugak nak letakkan buah naga sekali macam ada resepi dalam satu blog tu... tapi sayanglah... original rasberry rasanya masam-masam.. nanti kalau akak campurkan buah naga... baunya menjadi maung sebab buah naga ni jenis kaktus... nampak cantik tapi baunya kuat nanti.. Hilang rasa sedap rasberry itu...
Wahh meriahnya menu berbuka AKAK..
ReplyDeleteCuma bila AKAK kata ikan cencaru tu asik kuar masuk, saya jadi cuak. Mujur pun AKAK hukum goreng, kalu masak lain, memang dah ilang rasa..
Wahhhh Tembikai Laici tu sungguh menggoda. Saya nak buat... ! Saya nak buatt..!
Wah.. macam-macam yang Dik Mah masak.. kalau duduk dekat, boleh mintak sikit... Kakcik pula kalau cencaru, kakcik suka buat goreng bercili atau sumbat dengan sambal kelapa.. :)
ReplyDeleteHajah,
ReplyDeleteAkak suka cencaru belah belakang Cicah dengan sos buatan sendiri.. tumbuk bawang putih dengan lada merah, masuk garam, dan gula, masuk kicap lemak manis, perah asam limau kasturi. Gaul rata.
azie,
ReplyDeleteitu yg akak kata kalau dia (bibik) buat lagi keluar masukkan ikan tu, sure akak masukkan bibik tu selepas akak balutkan dengan daun kunyit, duduk dalam cool cass...(peti sejuk).hehehehehhe
akak dah terlebih minum air sebab kesedapan air tembikai laici... ayoyoyoyoyoyoyo.....
kakcik
kalau mood rajin datang, lebih dari ni saya akan masak... (entahlah kenapa cenggitu lak...) kalau kita berjiran, sure dahlama saya mengendeng masak asam tumis tenggiri kakcik.. hehehehhehehe..
kak hajah nra,
terima kaseh bagi resepi.. lainkali saya tak goreng garam kunyit jer.. saya akan cuba masak cenggini...
tq...
kalau Fa gi rumah akak, akak buat ye air laici tembikai tu. pastu, sambal tempoyak tu...fa buat 2x tak berapa nak jadi. Dia kena orang Nogori gak yang buat.
ReplyDeleteKalau bibik tu masuk dalam peti ais rumah fa boleh? hehe
fa,
ReplyDeletejika akak sihat masa fa dtg, sure akak masak... fa 2x dtg, tergesa2 nak balik... kalau dpt duduk lelama sambil akak potong2 bawang... kupas bawang.. bolehlah/sempatlah akak masakkan... insya'allah...
gambar macam blur je...
ReplyDeleteaikon ke?? nokia baru ni??
:)
doktor,
ReplyDeletemalas punya pasal...
nokia lama jer....
(perangai malas ni.. tak siapa boleh tulung...)
akak,
ReplyDeleteperia tu goreng dengan ikan bilis dan cili api pun sodap...;p
air tembikailaici satu... hehehehee
sya,
ReplyDeleteakak sering juga goreng peria dgn ikan bilis dan cili api.. campur taucu... berselero...
tembikai laici.... dtg.... meja mana yer????....