Setelah semalam gigih masak segala... hari ni terasa tersangatlah malas... bila penyakit yang bernama 'malas' dah datang.. makanya, akak pun tersangatlah tak kuasa nak bermain-main di dapur itu. Tapi bila penyakit 'rajin' datang... maka siap dengan bersilat dan berkung-fu pun akak sanggup di dapur dengan segala macam masakan.
Maka malam ini selesai solat isyak, akak pun bersiap-siaplah nak keluar makan. Misi yang utama ialah mencari burger. Bukan burger Mc D dan bukan juga burger King ataupun burger Carls Junior. Yang ingin akak cari ialah burger yang suatu waktu dulu, nak beli burger adalah di stall burger di Chow Kit Road depan Restoren 'apatah namanya' berhampiran dengan Hotel South East Asia dan ada pasaraya Co-op. Co-op ni dulunya samalah seperti Giant, Tesco dan Carrefour pada masa kini. Dulu Co-Op dah kira tempat hebatlah nak belanja barang-barang dapur.
Maka, kami pun keluarlah ke bandar Kajang. Menyusuri laluan Kajang - Cheras yang lama. Mencari gerai menjual burger. Ada lah pula kat satu tempat ni, gerai burger sama-sama dengan gerai yang menjual nasi lemak dan air minuman. Maka, akak bersetuju kami mencuba di situ.
Buat pesanan 2 burger daging dan satu nasi lemak yang akan kami makan kongsi-kongsi (tidur sekatil, makan sepinggan, minum secawan... ala-ala romantik couple gitu..)..
sambil menunggu siap makanan, pandang juga lalu lintas di jalanraya..seriau jugak memikirkan kalaulah ada kereta yang terbabas menghala kami, memanglah naya.
Lampu kereta menghala kami...
Selesai makan... rasa awal lagi nak pulang kerumah. Kami singgah di Pekan Kajang berhampiran Stadium Kajang. Ada bazar jualan yang di panggil orang sekarang iaitu 'uptown' bazar ke apa ke...
Jalan-jalan, tak der apa pun yang kami berkenan..
Kemudian, kami pun berjalan arah Saujana Impian... hajatnya nak balik ikut jalan jauh. Saja suami rajin pula nak 'rolling-rolling town' katanya.
Singgah di Petronas tepi highway membelikan chewing gum untuk anak-anak. Sebabnya Aisyah memang akan menanya apakah yang kami belikan untuknya.
Lepas tu, suami teringin nak makan aiskerim cone Mc D. Tapi akhirnya kami menukar hajat terus membeli Shakes.. Akak disuruh ambil strawberry shakes dan suami pula vanilla shakes.
Dalam perjalanan kami nak pulang kerumah, kami saja merayap-rayap ke Taman Bukit Mewah. Saja melihat-lihat Stride tempat kerja birU. Ingat nak ambil gambar depan pintu utama Stride, suami kata bahaya... nanti kena tembak dengan askar...
pssssttt birU, akak dah sampai Stride. Satu lagi Stride, tak jumpa.
hmmmm.. nasi lemak tu nampak sedap.. (eh.. malam2 pun makan nasi lemak? Dah langgar pantang ke Cik Mah???) ;-)
ReplyDeleteAkak, saya ingat sangat kedai co-op tu. Mami kerap berbelanja barang dapur situ dulu. Saya teringat pintu Co-op tu kat corner of the building. Anything to do dengan Kg. Baru buat saya terigat pada arwah kakak saya. hmmm....
ReplyDeletekakcik,
ReplyDeletehmmm... pantang dah saya langgar... nasi lemak tu sedap tapi sambal kerangnya, kerangnya dah busuk... sayang betul....
eleena...
jom kita buat entry pasal kg baru...
banyak yang jadi landmark dulu, dah tak da....
dah banyak rakyat asing di sana.. sedih betul masuk chow Kit....
seronokkan dating2 ber2 sajok, sya tak boleh buat g2 dah, sbb anak2 dah ramai.. heheheh nak tunggu diorang besar bawak diri sendiri, baru boleh dating2 g2 dgn enpakwe...;p
ReplyDeletesya,
ReplyDeletemasa anak kecik dulu... pun akak cenggitu jugak.. ni lah bila anak dah besar, bolehlah bedating2.. tapi kita pulak lah dah malas... dah tua ooo tak larat jalan manyak2.. tak larat kena embun oooo...
akak ngape tak bawak DSLR. Cameragirl cuti ke? Tengok nasi lomak, memang tak tahan den. Tapi....tidakkkk!!! (ingat? rahsiaku kini jadi milikmu?)
ReplyDeletefa,
ReplyDeletekadang2 akak bukannya rajin nak bawak benda alah yang besar tu, akak dah kata akak nak yang kecik jer, tapi tetap di belikan yang besar. Bukan tak bersyukur tapi tahap mood nak mengambil gambar tu... nantilah.. akak cuba rajin2kan...