Tuesday, April 20, 2010

Teringat lah pula...

Semalam bila baca kisah 'Ianya bermula di sini'... kita semua dibawanya ke zaman 'pengarang' sewaktu kecil2 dahulu... Kita baca dan kita hanyut sekali dalam zaman tersebut.... kita boleh nampak apa yang 'pengarang'nya nampak.. kita turut sekali main batu tujuh, main toi, main guli dan main masak2.. dan turut dikejar dengan ayam piru Tok tom. Gamaknya masa sekolah dulu, karangannya selalu dapat A+++... sure cikgu ada tanya sambungan cerita.

Akak ni, taklah minat sangat nak menulis. Tulis ni pun sekadar nak tinggalkan kat anak-anak. Bila nanti, depa dah besar dan dah beranak pinak.. adalah sesuatu yang depa nak cerita dengan anak-anak depa. Akak pun kalaulah arwah mak akak pandai IT tahun 60'an dan 70'an dulu... tentunya banyak kisah akak yang dia boleh cerita kat blog dia.

Kali ini, mampu atau tidak akak nak bawa pembaca macam ja bawa pembaca sewaktu zaman2 kecilnya dulu... entahlah...

Masa akak kecik, akak suka ikut arwah mak pergi pasar. Pertamanya akak boleh mintak macam-macam.. Keduanya.... kalau sebutpun sama macam nombor satu... Ketiganya.. sama jugak macam nombor satu... Pendek kata, apa alasan pun yang akak beri ada kaitan dengan nombor satu tu.

Kami tentunya akan berjalan kaki dari rumah yang terletak di Jalan Raja Muda menuju ke Pasar Chow Kit Road.. Kalau masa sekolah rendah akak kena tulis karangan pendek dalam ' Buku Peristiwa', sure akak akan tulis cenggini..... ' Hari sabtu lalu saya dan mak saya pergi ke Chekit rot...'. Memangpun tempat tu boleh ( dengan izin ) men'cekik' ~ makna makan-makan dan ter'cekik'~maknanya kalau harga ayam, ikan mahal sangat.. kena tipu dengan peniaga..

Macam-macam jualan makanan yang ada kat sana. Ada kat satu lorong tu, berkumpullah semua penjaja makanan di situ. Ada cendol, mee rebus, rojak,bubur, mee goreng, roti canai. Bila kami datang terus menuju ke situ. Akak memang suka makan mee rebus dan cendol.. arwah mak pula memang akan makan roti canai dan teh susu.

Di lorong itulah selalunya menjadi tempat dua beranak tu bersarapan. Di lorong itu juga terselitlah cina yang jual barang2 permainan. Akak selalunya lepas makan, tentunya akan tanpa lupa dan tetap akan turut berkunjung kat cina jual permainan selambak tu. Pilih aje apa yang kita mahu sebab dah dia lambakkan begitu. Akak pun ambillah pistol mainan ke ( kalau dah teringat nak ajak Anor dan Anim main penyiasat ala2 'get smart'..) ataupun permainan masak-masak~ seperti periuk, kuali yg dibuat dari besi. Boleh masak betul2 woo... tak main2.. dalam periuk kecik tu boleh masak nasi... kuali tu boleh goreng telur lagi...

Lepas tu kami berdua pun mengatur langkah mencari lauk untuk hari ni. Rumah akak masa tu, mana mampu pakai 'fridge' segala... Rumah orang kekaya jer ada 'fridge'. Kami tak perlu dan tak mampu masa tu... Arwah mak pulak, setiap hari akan ke pasar. Bukan macam akak yang tak suka ke pasar sekarang ni. Pergi sekali seminggu ataupun dua kali seminggu. Gigih suami akak berangkut segala bekalan untuk 2 minggu.
Tapi masa dengan arwah mak, beli hari ni, masak hari ni. Esok lain cewita...
Maka jalan-jalanlah kami ke tempat ikan, daging, sayur2 kampong.

Kat tempat sayur kampong ni adalah juga jual lemang dan tapai. Kami akan selalu singgah. Tak maknya yang nak makan lemang ataupun anaknya nak makan tapai.
Makcik yang jual tapai tu pulak, suka mengusik.
Bila nampak akak ada sama.. selalu dia akan cakap, " menantu pun ado... cantik menantu den ni." Arwah mak akak dengar cenggitu selalu geram... Tak ingatlah pulak apa yang dia balas tapi yang pastinya lepas ni dia tak datang-datang lagi tempat tu kalau akak ikut dia ke pasar sekali.

Kalau lah hal ini jadi kat Ain.. sure dengan nada intonasinya yang bersahaja dia akan kata,
' Ibu, u jelezzzzz...... '
ataupun Ain akan tanya
' Eh ibu... dia cakap apa?...'.
Tapi kalau akak terangkan kat dia., dia akan jadi bini anak makcik jual lemang tu.. sure reaksi Ain...
'eeeeee....yyuuuuuuu... saya masih kecik lagi mana boleh kawin?...'

Akak pun nak sambung cerita...
untung nasib baiklah akak tak jadi menantu makcik jual lemang dan tapai tu... kalau tak sure akak kembang macam kena ragi sebab selalu makan tapai... harharharharhar.. ( akak selalu nak ketawa macam KS.. tapi takda occassion yang seshuai... ini sesuai sangat lah..)

Nak ceritanya jugak.. bila akak tengok berita tv ada cerita pasal geng-geng penjenayah.. banyak nama-nama yang kena tangkap/berkas adalah nama yang kami (akak dan anor.. kekadang ada nama anim yang join main sama...) reka-reka. Tup2 nama tu yang disebut-sebut... cuak jugak akak... anor dan anim dah lama akak tak jumpa.... adakah?.. mereka kah?.. kami jer yang tau nama-nama tu... Huissshhhh kena cari kat FB ni....

13 comments:

  1. salam akak,
    heeeeeeeeeee....

    mak saya jarang pergi pasar
    semua lauk pauk tnggu ayah sahaja bawa balik
    tak pun mak beli dengan org yg datng jual kerumah2
    atau ke kedai runcit , kalau tak ada duit mak hutang dulu, cukup bulan bayar..

    tapi itu dulu,
    kini ku akan bawa mak ke pasar
    ku biar dia beli apa sahaja yg dia mahu


    semoga akak sihat selalu
    tak sabar nak balik kpg ujung bulan ni
    hehehhe

    =(

    ReplyDelete
  2. Akak, Ja tu mmg extwa-owdinawy, kan?

    Patutlah you boleh jadi secwet agen berkaliber, rupa2nya, dulu lagi dah jadi Get Smart?

    ReplyDelete
  3. birU,
    bezanya arwah mak akak, awal lagi dah tak bersuami.. itu yang semuanya buat sendiwi...
    sure mak birU sedang tertunggu2 birU balik hujung bulan... :-)

    KS,
    U pun apa kurangnya.. kalau tak takkan i masih ingat kakak u terkucil kat dapur makcik jual nasi lemak sotong...
    samalah you all berdua, pandai menulis dan membawa pembaca sekali terjun ke zaman yg u all cerita....
    i memang dari kecik dah bukak fail jenayah segala... macam2 geng kami reka.. aleh-aleh ada persamaan pulak nama dengan geng yg kena tangkap sekarang. Hmmmm... terpikir jugak i, manalah kawan i yg nama Anom tu?...

    ReplyDelete
  4. salam akak,
    pasar chow kit sekarang dah tak macam dulu2..
    masa kita duduk kat Jalan Tun Razak dulu selalu ikut arwah ayah dan emak ke pasar chow kit.Ayah dulu kalau beli buah selalu beli dgn bakul2 sekali.Maklumlah dulu2 murah sgt...kita orang pun selalu singgah minum cendol mamak kat belakang Chow kit dan rojaknya yang power... now suasana chow kit rasanya dah tak macam dulu sbbnya dah terlalu banyak warga asing terutamanya dari Indonesia.Dan rasanya dah bertahun2 tak shoping kat sana...

    Dulu2 selalu masuk singgah kat Hankyu jaya beli aiskrim yang ada ceri dan coklat kacang kat atasnya...ceh masa tu budak2 seronok sgt ler...

    Semua tu kenangan tinggal kenangan semata2...Sesekali terimbas di kotak fikiran kita,terasa nak kembali ke zaman tu kan...!!

    ReplyDelete
  5. masa kecik2 sya selalu ikut arwah atok g pasar tani
    lepas g pasar arwah atok bawak makan cendol dan rojak mamak di kuala pilah tu, ada lagi sampai sekarang di bus stad k.pilah
    ohh...syedihnya teringgat arwah atok :( :(

    ReplyDelete
  6. zila,
    jom kita mengimbas kembali kenangan chow kit road zaman dolu-dolu.. tanpa pendatang ashing... sedehkan masa dulu chow kit road tu ramai penjaja melayu.. sekarang semua kena sapu dengan indon...

    ReplyDelete
  7. sya,
    kalau ada lagi... sya masih boleh pergi dan duduk mengenangkan..
    kami yang sering ke pasar chow kit.. hmmmm sedeh.. dah takda kenangan... dah bertukar dengan indon... dah jadi macam kat medan/jakarta pulak... penuh dgn indon...

    ReplyDelete
  8. "kembang macam kena ragi???"
    wakakakaka....

    ReplyDelete
  9. Citer Akak ni pun best sesgt!! I boleh hayati n bayangkan Akak terkedek2 ikut mak pi Chekit Rot.. Mcm2 lagi I boleh bygkan..

    Tadi sorang kwn lama I ckp, dia tak suka nak citer hal anak-isteri dia, sbb "kami bukannya selebriti".. I jwb kat dia, "I ni lain skit, I tak minat langsung nak ambil tahu hal selebriti.. I lbh minat nak tau hal org biasa2, mcm kita.."

    The truth is, ev body has a story to tell, kan Akak kan?

    Masa skolah dulu mmg I suka mengarang.. slalu dpt highest mark for karangan esp masa Std 5-6.. Tp kalau Cikgu Ali tu baca hasil tulisan I skg ni, mesti dia urut dada, sbb bahasa I terlalu indah!! harharhar.. (nak gelak besaq mcm CS gak..)

    Akak, I ni curious sgt psl Anor n Anim.. Rasa mcm.. hmmm.. Akak rasa2 brp lama masa Akak perlu utk siasat psl depa ni?

    ReplyDelete
  10. drsinga,
    kalau dah mak mentua tokeh tapai... sure lah menantu nya dan cucu2nya turut kembang macam tapai kena ragi jugak... tak gitu?? ikut perubatan~ada kaitan tak?...

    Ja,
    kan akak dah cakap dah... karangan highest mark.. tak sia-sialah akak trained diri akak dan anor dan anim jadi PI.
    Akak pun curios jugak lah ja... sebab banyak nama yg kami reka siap berfail-fail lagi.. samalah dengan geng2 yg kena berkas sekarang... Adakah??? Hanya kami bertiga yang tahu nama-nama itu???.. akak dah tak ada kat luaq ni... yang dua tu?... lama tak dengaq kabaq berita?...
    Jom Ja.. kita mulakan agency mencari...

    ReplyDelete
  11. ja,
    lupa pulak...
    YES... memasing ada citer yang boleh diceritakan... semuanya punya kenangan masing2...
    direct translation...
    ' jom kita letakkan semua baring atas meja...'
    harharharhharharh...

    ReplyDelete
  12. Dulu masa kak Zai kecik2 selalu juga pergi pasar Chow Kit tapi tak masuk dalam pasar tinggal dalam kereta dengan sepupu sebab ramai sangat orang.

    Setiap cuti sekolah pakcik kak Zai akan ambil tinggal dengan dia, wah seronok sangat dia bawa jalan2 dan makan2.

    ReplyDelete
  13. kak zai...
    dulu-dulu kak zai tinggal kat mana?

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...