Wednesday, March 31, 2010

Nak cerita mengenai Angiogram....

Bila akak membuka blog teman-teman.. ada menyebut mengenai 'Angiogram...' ( Dr Singa boleh jelaskan dengan lanjutnya...)

Sepertimana yang semua telah sedia maklum.. suami akak adalah Doktor Pakar Kardiologi. Tugas beliau merangkumi hal-hal berkaitan dengan rawatan jantung yang bukan melibatkan pembedahan. Doktor Pakar Jantung Kardiotorasik adalah doktor yang membedah jantung pesakit menerusi kaedah Bypass ~ Pembedahan Pintasan Jantung. Doktor Pakar Kardiologi pula hanya untuk merawat pesakit melalui kaedah Angioplasty ~ yang mana belon ataupun spring digunakan untuk membesarkan/membuka salur darah yang sudah menyempit. Doktor Pakar Kardiologi juga bertanggungjawap membuat rawatan memasang bateri pada jantung yang dipanggil 'Pace Maker'.

Sebelum pesakit dapat disahkan mengalami penyumbatan di salur darah ke jantung, para doktor kardiologi akan memeriksa pesakit melalui kaedah 'Angiogram'. Sejenis pewarna digunakan untuk dimasukkan ke dalam salur darah melalui pangkal peha dan saluran tersebut terus ke salur darah di jantung. Dengan cara memasukkan pewarna, para doktor akan dapat melihat bahagian salur darah yangmana tersumbat dan dibahagian mana perlukan rawatan memasukkan belon ataupun spring. Ada juga pesakit yang terus di rujukkan pada Doktor Pakar Kardiotorasik bilamana pesakit tersebut memerlukan rawatan pembedahan pintasan jantung.

Di Malaysia, Doktor Pakar Kardiologi yang tersohor adalah Dato' Dr Robaayah Zambahari iaitu Ketua Jabatan Kardiologi, Institut Jantung Negara. Kepakaran beliau dalam bidang ini memang amat di kagumi. Alhamdulillah, semasa akak memerlukan rawatan Angiogram, Dato' Dr Robaayah telah sudi menggunakan kepakaran beliau membuat rawatan keatas akak. Ribuan terima kaseh akak ucapkan.

Gambar ini telah dirakamkan sewaktu Dato' Dr Robaayah menjadi Pakar Jemputan di Hospital Serdang.



( Sewaktu akak menaip entry ini, suami akak sedang bekerja.. jika ada kesalahan.. akak pohonkan maaf terlebih dahulu... tapi setakat yang akak faham.. beginilah cerita mengenai rawatan Angiogram... )

10 comments:

  1. Salam hajah,
    Baru-baru ini niece akak, Mshart, yang akak cerita masuk wad tu, telah buat anginogram. Syukur tiada apa-apa serius, hanya perlu berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. Sis...pening2....hanya jauhari yang mengenal manikam. Dah tentu PA(cum wife, cook, cleaner, gardener, babysitter) kepada Doktor yang tahu bab-bab medical treatment ni.

    ReplyDelete
  3. akak
    kawan sya baru je lepas pasang beteri di jantungnya
    tahan lama ye g2?

    ReplyDelete
  4. Sebelum bangcik menjalani pembedahan TGA semasa berusia 7 hari... dia juga telah menjalani rawatan secara memasukkan belon melalui pangkal paha tu (di Hospital Universiti - skrg PPUM).. kesian bangcik... Tapi Alhamdulillah, sekarang dia dah sihat. Terima kasih kepada pasukan bedah di IJN yang diketuai oleh Dr Azahari Yaacob (masa tu beliau belum ada gelaran lg - kecuali Dr.)

    ReplyDelete
  5. well described tu Akak!!! bravo...
    psssttt.... is that u on the table???
    :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih for the explanation. Perubatan punya terms ni susah betoi nak ingat...tu baru part jantung je!

    ReplyDelete
  7. Salam kak hajah nora,
    Syukur Alhamdulillah.. anak saudara kak hajah tiada apa-apa...

    Syina,
    kalaulah dah hari-hari mendengar cerita yang sama.. lama-lama boleh fahamlah jugak. Kalau tak faham jugak,.. payahlah tu..

    Sya,
    yang letak bateri dijantungnya (sefaham akaklah) adalah kerana hendak stabilkan denyutan jantungnya agar tidak terlalu laju atau terlalu perlahan. Ada makcik jiran di Melaka, lama juga baterinya bertahan... baterinya pun berjenis-jenis..

    Kakcik,
    Alhamdulillah.. segalanya dah berjalan dengan baik dan selamat.

    Drsinga,
    Nope.. suami akak hantar akak buat angiogram di IJN.. gambar tu di meja serdang...

    Fa,
    Mcm tu lah ceritanya fa. Tiap bahagian, ada doktornya. Belum sentuh bab lain pulak...

    ReplyDelete
  8. salam akak,
    apa khabar, lama x singgah sini ya
    harap semua okay sahaja..
    wahhh
    doktor2 kita juga makin hebatkan
    anak melayu mmg hebat kalau diberi peluang yg septutnya..
    angiogram, kena tanya pakar
    heheheh..

    ReplyDelete
  9. birU,
    Alhamdulillah.. akak sihat2 saja..
    Inilah yg ingin akak ketengahkan anak melayu kita, perempuan.. betul2 tersohor namanya dalam bidang ini.. Akak memang cukup suka dan kagum dgn Dato' Dr Robaayah ni.

    ReplyDelete
  10. a,kum akak,saya ni org baru dlm blog akak ni,saya naktanya lah adakah penyakit jantung ni adalah salah satu penyakit keturunan,kerana saya masa kecik pernah mengalami penyakit jantung yg dikenali sebgai pda,anak ke 4 saya masa berumur 4 bln pun pernah menghidap penyakit yg sama dgn saya,tapi dia pun dah selamat menjalani pembedahan,skrng anak sulung saya baru dpt kesan mengalami penyakit jantung yg sama juga tapi dia punya kecil saja iaitu:- ni report yg saya dpt selepas dia buat echo:-
    small pda seen with PG:96.4mmHG
    PA size normal 2.60cm
    good LV fx with no RWMA
    IAS/IVS intact
    normal all chambers size,
    cuma disini saya ingin minta penjelasan adakah anak saya ni masih boleh bersukan seperti kanak2 lain,utk pengetahuan akak anak saya ni berumur 12thn

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...