Sunday, April 25, 2010

Kenduri di rumah kami.


Sejak dari semalam, adik beradik akak dah mula berkumpul di rumah emak di Hulu Langat. Mereka masing-masing dengan pakatan yang padu bersama-sama ingin menjayakan majlis kenduri ' menerima menantu '. Memang nampak jelas sekali yangmana berusaha keras bagi menjayakan majlis tersebut dan yang mana dah tak daya nak turut bersama. Akak lah adik beradik yang tidak dapat hendak bersama-sama mengerah tenaga bagi majlis ini. Hanya akak yang tidak dapat bersama-sama sejak semalam menyediakan apa yang perlu.

Jadinya pada hari ini, awal pagi lagi akak dah tiba di rumah emak. Berkumpul sesama adik beradik memang adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Gubahan bunga segar menghiasi pelamin memberikan seri yang tak tergambarkan. Sungguh indah. Dah lama tak membeli bunga segar di Petaling Street sehinggakan akak merasa sangat terpesona melihatkan kecantikan bunga rose warna unggu. Pertama kali akak melihatnya.

Pelamin walaupun nampak sederhana tapi diserikan dengan jambangan bunga-bunga segar memberikan lagi keindahan pada pelamin itu.

Eeeeehhhhh.. ada dua pengantin lama yang teringin nak bersanding sebab masa kami menikah kami lansung tidak bersanding. Suami akak tidak dapat hadir kerana menanti ketibaan bapa mertua dari umrah di KLIA. Berlaku kelewatan penerbangan dari Jeddah.

Tiga beradik. Inilah abang-abang akak yang ketika akak mula bermesra dengan keluarga kandung sering merapatkan hubungan kami. Kami sering pergi memancing bersama-sama di sungai belakang rumah emak.

Inilah isteri kepada bapa saudara akak yang mula-mula sekali akak kenali. Abang sulung sering membawa akak kerumah acik eton yang terletak di Pasir Panjang, Port Dickson. Sungguh mengharukan bila pakcik kami yang telah 3 tahun meninggal dunia membuatkan kami makin jarang bertemu. Bila terjumpa pagi tadi, akak hampir tidak mengenali beliau. Kesal sungguh akak. Walhalnya semasa hayat pakcik Osman dan waktu akak masih muda, akak sering berkunjung ke rumah mereka.

Senyuman dari seorang raja yang bakal tamat pemerintahannya hari ini setelah seminggu memegang takhta.

Sekali lagi ketawa bahagia apabila kena usik.

Dengan berakhirnya majlis ini, akak mendoakan agar rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya'Allah.

5 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru... Moga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat..

    Adik lelaki AKAK yang bongsu?

    Seronokkan, bila majlis sebegini sedara mara berkumpul, bergurau dan bertanya khabar. Lama tak jumpa, dapat bermesra kembali.

    ReplyDelete
  2. salam akak..
    tahniah dpt adik ipar..
    wahhhh..akak pun berposing habis atas pelamin..patutnya dgn en hubby..

    mst akak penat lg baru selesai majlis ni..

    ReplyDelete
  3. azie,
    terima kaseh...
    inilah perkahwinan yg penghabisan buat mak. Adik lelaki bongsu yang dah berusia 40 tahun.
    memang seronok bila seluruh keluarga berkumpul. sebab itu, akak khaskan unuk mengambil gambar saudara mara.

    ida,
    terima kaseh...
    sekali-sekali nak posing jugak. takkan asyik pengantin jer yg duduk kat sana... akak pengantin pun nak merasa juga...
    akak tidaklah penat kerana akak mengelakkan diri daripada melakukan sebarang kerja... atas sebab2 keselamatan... suami akak takda.. kena pandai budget diri..yang paling penat adalah kakak/kakak ipar/adik/abang/abang ipar/adik ipar dan emak....

    ReplyDelete
  4. akak..teman tak tau lak mika ni ramai adik beradik..masa sekolah dulu rasanye akak le seorang anak omak

    ReplyDelete
  5. jiwalara.....
    rasanya ada cerita sikit2... sebab teman kenai abang2 teman pun umur 14 tahun... teman tak cerita ker kat mike????... mungkin mike yang lupe...
    kalau betul teman tak citer, mungkin sebab teman sendiri pun konpius...
    yang pastinya teman mula rapat dgn ibu kandung teman dan adik beradik teman sebaik emak kesayangan teman meninggal dunia.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...