Monday, April 26, 2010

Kisah hari ini......

Pagi, akak seperti biasa, keluar bersama-sama suami ke tempat kerja... ( bukan tempat kerja akak, tempat kerja suami...) Suami keluar awal lagi untuk menghantar anak-anak kesekolah. Akak tak jadi masuk kereta kerana harus legakan perut yang dah membuat 'hal'. Kalau perut dah ada 'hal...' akak mestilah uruskan 'hal' tersebut. Jangan buat tak 'hal' pulak. Besar pulak 'hal'nya nanti. Siapa nak selesaikan/bersihkan 'hal' ni kalau dah bersepah-sepah dalam kereta?... EEeeeeeeee... tak sanggup akak ler....

Selesai dialysis, kami sama-sama mengambil anak sekolah. Kemudian, singgah di tepi jalan berdekatan seksyen 3 tempat orang jualan Nasi Tomato. Akak dah lama teringin nak makan nasi tomato sebab semasa tinggal di Pulau Penang 5 tahun dahulu... akak sering dapat menjamu tekak akak dengan nasi tomato. Kawan baik akak, Ani yang menjual nasi lemak waktu pagi turut menjual nasi tomato pada setiap hari jumaat. Jika bukan beli pada Ani pun, akak masih boleh membeli dengan penjual nasi tomato yang terdapat di Pasar Tun Sardon. Adoi... rindunya...

Alhamdulillah. Nasi tomato yang akak beli ini memang sedap pada selera kami anak beranak. Kesedapan sungguh hingga memang menjilat jari. Ayam masak merahnya memang sedap. Tiada bandingan... Samalah cara masakannya dengan yang akan selalu makan sewaktu di Pulau Pinang. Syukur Alhamdulillah... Tak perlu tunggu nak pergi Pulau Pinang baru nak merasa makan nasi tomato lagi... Syukur kepada Allah sekali lagi. Dengan nikmat selera dan rezeki yang telah Allah limpahkan.

Pssstttt Fa, akak tak dapat/sempat nak ambil gambar nasi tomato ni kerana sebaik sampai di rumah, terus hidang dan terus masuk mulut.. habis tiada bersisa... hari rabu nanti akak akan beli lagi, Insya'Allah.

Selesai solat zohor, akak keluar sekali lagi dengan semua anak beranak. Anak yang sulung memerlukan buku latihan dan anak yang kedua perlu mengambil buku yang dihantar untuk 'photostat' sabtu lalu. Anak yang ketiga dan keempat juga perlu ke kedai untuk bermain 'pusing-pusing duit'. Ikut kan lah saja.... Orang banyak anak... ( Kenkonon...)

Sewaktu dalam perjalanan pulang, akak mencuba untuk berjumpa dengan Anita yang mempunyai blog 'Mama Kiter'. Kami memang mempunyai hubungan yg unik. Akak pernah bertegur dengannya di kedai kak maria di seksyen 4. Kami dah berbual-bual mesra hingga bertukar-tukar nombor. Lepas tu, lupa dan senyap.

Bulan lepas, sewaktu Anita ingin membuat kenduri perkahwinan anak perempuannya, akak dijemput sekali. Tapi, dengan ingatan yang dah semakin berusia.. akak terlupa lansung dan mengikut rancangan suami untuk pergi berehat di Hilton Hotel, KL Sentral. Anak-anak sangat suka mandi di kolam renang manakala akak suka menggunakan kemudahan 'spa' di hotel tersebut. Bila Puan Mimieloma menalipon akak, barulah akak teringat. Dah semakin tua, nak buat macammana.. Yang iyernya.. memang tiada rezeki nak makan nasi minyak di rumah kenduri Anita.

Jadinya petang tadi, akak berusaha juga untuk bertemu dengan beliau menyatakan kekesalan kerana tidak dapat menghadirkan diri pada kenduri tersebut. Kami dah mengenali sejak tahun lepas, mudah-mudahan persahabatan ini akan terus terjalin sementelah lagi kami ini kiranya berjiran. Lain kali akak masukkan gambarnya sebaik akak dah mendapat kebenarannya. Insya'Allah.

8 comments:

  1. Salam Rahmah, Hmmm...set lah kat h/phone any appointment dan alarm kan. Memang dah berumur selalu lupa..akak pun mcm tuh jugak..

    ReplyDelete
  2. kak nani,
    masa dijemput.. terlalu ingat... bila tiba harinya.. lupa terus.. itu pasallah tak set kan hp.. betul saranan kak nani.. sekrang ni nak beli mancis sebatang pun kena buat reminder kat hp...

    ReplyDelete
  3. Di usia begini.. memang banyak yang kita 'terlupa'...

    ReplyDelete
  4. Kekdg bila org menjemput tu, rasa mcm tak sabar sgt nak attend kenduri tu, kan? tp bila sampai harinya, boleh pulak lupa ghuyuuuubbbb...

    Sebenarnya dah tertulis kita tak merasa nasik minyak org tu ari tu..

    I dulu gemar gak nasik tomato, tp skg somehow prefer nasik putih.. Tp kalau pi kenduri tu, mmg nak gak le nasik berperisa.. Tpkan Akak, skali tu I pi kenduri kat kpg.. kenduri kawin tp depa jamu nasik putih dgn lauk-pauk kpg.. perrrggg.. sampai skg I dok terbyg2 keenakannya!!

    ReplyDelete
  5. AKAK > Masa AKAK sentiasa terisi. Tak boring pun kan? Seronok jerrrr...

    Ya, dapat rasa gak kekesalan AKAK kerana terlupa walimatulurus tu. (Next time boh reminder alarm kat hp, KAK).

    Eh.. saya pun suka Nasi Tomato. Tapi jarang dapat jumpa yg sedap ikut tekak kita, kan? (Nak buat memang tak reti... tak reti lagi..)

    ReplyDelete
  6. tak sempat nak snap ye...kadang2 kalau Fa terlupa, Atip pulak yang tanya, tak ambik gambar dulu? kadang2 terpikir jugak, ni tanya betul2 ke, perli ke? hehe

    ReplyDelete
  7. kakcik,
    usia kita semakin muda...terlupa adalah termasuk dalam 'package' bila semakin kemudaan usia kita. hehehhehe...

    ja,
    lainkali kalau u dijemput, jgn lupa bawak 'sia' tapau untuk i sekali...

    azie,
    selagi akak tak penat.. akak redahkan jua...
    (insya'allah dgn bantuan hp bawu.. organiser akak lebih terurus....)Alhamdulillah dan insya'allah.

    kak nora,
    malam ni saya dinner dgn olio oglio...sedapppp...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...