Monday, October 26, 2009

Alhamdulillah 2.

Pagi ini akak ke diaysis dgn penuh yakin. Akak dah control air sejak hari jumaat lagi... Akak balik hari jumaat dengan berat 53.4kg. Akak berusaha mendisiplinkan diri setelah sekian lama bersikap degil dan culas dan mencuri air. Alhamdulillah...walaupun akak tak datang tarik air sabtu lalu, akak masih berjaya datang pagi ini dengan berat 55.8kg.. berat yang akak kumpul untuk 3 hari hanya 2.8kg. Alhamdulillah......

Sebenarnya akak dah merbahayakan diri akak sendiri dengan datang dialysis 4 kali seminggu. Jumlah air yang terkumpul kadang-kadang mencecah 4kg. Walaupun ditarik air pada hari sabtu, akak masih berlebih air. Jantung yang bengkak semasa air lebih dalam badan mengakibatkan jantung kerap bengkak dan akan berhenti mengepam.

Akak pernah diberi kata nasihat oleh SN Diana dan SN Ros... cumanya baru-baru ini akak dapat menilai kata-kata mereka dan berazam untuk mendisiplinkan diri... Alhamdulillah...

Sebaik tiba di Dialysis, terus akak jumpa SN Ros dan memeluknya. Kemudian akak jumpa SN Diana dan terus memeluknya. Terharu wajah mereka bila akak mengucapkan terima kaseh atas kata nasihat yang mereka berikan... Mereka banyak membantu kami pesakit buahpinggang dengan bekerja penuh dedikasi dan bertanggungjawap.

7 comments:

  1. Tahniah Adik kerana berjaya mendisiplinkan diri.. mudah2an berterusan begitu. Kakcik amat berharap tahap kesihatan Adik boleh diperbaiki dari hari ke hari. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    terima kaseh...
    saya akan cuba dan terima kaseh atas sokongan kakcik. [penting tuuu].

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...
    moga akak terus sihat

    ReplyDelete
  4. mi,
    terima kaseh...
    akak guna slogan
    'yakin boleh.....'
    insya'Allah

    ReplyDelete
  5. mi,
    terima kaseh...
    akak guna slogan
    'yakin boleh.....'
    insya'Allah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah boleh disiplinkan diri semuga berterusan hendaknya,siapa untung... kita juga...

    ReplyDelete
  7. kak zai,
    terima kaseh. mungkin bila saya dah boleh bincang masalah saya, ketika itulah saya akan cuba mengubah sikap dengan berdisiplin. Selama ini saya diamkan saja, rupanya ianya makin memburukkan lagi keadaan.
    Insya'Allah. Saya akan istiqamah dalam mendisiplin diri saya.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...