Wednesday, October 7, 2009

Alhamdulillah.

Hari ni, lepas dialysis...akak dibawa untuk pemeriksaan ultrasound bagi menentukan tahap kecederaan di peha semalam. Dalam kesempatan yang sama, pakar radiologi tersebut telah membuat pemeriksaan d bahagian tulang rusuk akak yang sentiasa mengalami kesakitan seandainya akak berada didalam poisi duduk. Perkara ini mendatangkan tandatanya pada suami akak juga.

Setelah Dr Noraini membuat ultrasound, beliau mendapati kesakitan itu mungkin berpunca dari kesan lama sewaktu 'chest tube' dimasukkan kedalam dada akak melalui tebukan dibahagian tulang rusuk. Besar kemungkinan bahagian 'nerve ' di tulang rusuk telah tersentuh sewaktu proses memasukkan tiub tersebut. Tiub tersebut berada di dalam bahagian dada akak dalam jangkawaktu yang lama. Masuk akal juga.

Pemeriksaan ultrasound di bahagian bengkak di pangkal peha pun dah surut dan tiada pendarahan baru dan pendarahan semalam adalah terkawal. Syukur alhamdulillah.

7 comments:

  1. Salam perkenalan adik (or Rahmah, is it?)Blog yang menarik. Akak doakan adik tabah melalui ujian Allah. InsyaAllah akan sembuh dengan adanya pengawasan kepakaran boss.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan akak..alahai kesian ek kena buat dialysis..apa nak buat..dah qada dan qadar allah swt...

    nice blog..terima kasih sudi datang blog ina..dan terima kasih jugak sudi link..nanti ina datang lagi nak baca kisah akak...

    semuga akak sehat selalu. nanti kalau gi ke bbb lagi lehlah jumper ek..tu pun kalau sudi

    ReplyDelete
  3. Syukur,tak ada yang serious.Jaga kesihatan dan pemakanan ya walaupun ada doktor dalam rumah.

    ReplyDelete
  4. Nyilu rasanya bila baca tentang tebuk2 ni... Hati2lah akak. Kalau rasa sakit sikit pun kena beritahu boss tu.. takut melarat nanti.

    ReplyDelete
  5. Salam semua,
    kak nora
    terima kaseh sudi singgah kat rumah saya. sebenarnya saya pernah tinggal di melaka dalam tahun 1998-2001. mertua pun tinggal di melaka, umbai..

    kak ina kl,
    kalau singgah BBB, jgn lupa menyinggah di rumah akak ya...

    kak zai,
    terima kaseh.

    tie,
    betullah tie... nanti apa hal pun akak bagitau boss. terima kaseh semua....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Akak makin sihat nampaknya :)

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi kakcik,
    Alhamdulillah.. sihat-sihat setakat ini.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...