Tuesday, October 27, 2009

Hari ke 4, tak tidur.


Mungkin kena cari rocking chair baru boleh tidur kot.

12.35malam- mula tutup laptop.
2.35pagi-mata dah celik. Cuba bawa-bawa berzikir tapi masih tak boleh tidur.
3.30pagi- turun bawah buat milo suam. Masih celik mata.
5.45pagi-dengar azan. Solat subuh. Masih celik mata.
6.00pagi- suami bangun check B/P... tinggi. Suami nak ambil cuti hari ni dan nak beri akak makan pil tidur dan dia akan pantau sebab dengan keadaan akak, mungkin tak boleh bangun terus...tapi akak perlu turunkan B/P. Tambah ubat darahtinggi untuk turunkan tekanan darah.
Akak cuba tidur. Tapi masih tak boleh... Bilik dah sejuk, selesa..tapi mata belum mahu tidor...
8.50pagi - akak bangun, buka laptop. Sebab lepas ni, minta-minta dapat tidor....

Insaf akak dengan keadaan diri akak. 4hari ni nikmat tidor dah tiada..
Cuma yang penting turunkan tekanan darah...


11 comments:

  1. Salam Adik.. memang kakcik sedih sangat dengan keadaan Adik ni.. Kalaulah kakcik boleh bagi buah pinggang kakcik ni untuk Adik....

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    terima kaseh kerana rajin singgah blog saya ni.. itupun saya dah habis seronok kerana berpeluang mengenali kakcik. Mengenai buahpinggang tu, perkara pertama masalah saya ialah jantung. Jika jantung dah okay, baru boleh fikir tukar buahpinggang....(Terharu betul saya dengan offer kakcik...tapi saya perlu atasi masalah lain sebelum dapat tukar buahpinggang. Nama saya pun belum saya masukkan untuk menerima organ.
    Ini yang buat saya suka menebeng kat umah kakcik...hhehehehehehehe.

    ReplyDelete
  3. Masih tak boleh tidor ?

    Tak pe la kak, tenang-tenangkan diri...jangan banyak sangat fikir. Mungkin ada hikmahnya.. boleh buat perkara yang selama ini akak terlepas pandang.

    Tapi biarlah yang banyak merehatkan... mungkin baca cerita2 yang manis, romantik, lucu... atau buat sulaman...tapi yang tidak buat akak stress.. Lama kelamaan mata tu tak tahan, tentu tidur macam sleeping beauty, hihi...

    ReplyDelete
  4. Salam pagi selasa,
    Tie,
    akak fikirkan balik memang bagus juga bila tak boleh tidur sebab dalam kedinginan malam (wah! nak bersastera lah pulak...) bilamana semua insan lena tidur, dapatlah akak shorang-shorang doa minta itu ini...
    Tapi, bila dia mengakibatkan B/P akak tinggi, akak pun dah susah hati...
    Doakanlah biar akak dapat tidur macam sleeping beauty yer...

    ReplyDelete
  5. aduh kak...kalo xblh tido mmg bp naik..abah saya ada darah tinggi jugak..cam tu la dia...tp skrg alhamdulillah tido lena....

    akak dah try penatkan diri siang2 hari?

    ReplyDelete
  6. mie,
    memang menakutkan bila B/P tinggi.
    belum sempat memenatkan diri, akak memang dah penat sebab 4 hari tak dapat tidur...

    ReplyDelete
  7. Kalau B/P tinggi memang elok dibawa tidur itulah yang kak Zai praktiskan.Tapi Rahmah tak boleh pula tidur.Mudah-mudahan semuanya akan kembali normal.

    ReplyDelete
  8. Adik...

    rumah adik ni memang dah jadi persinggahan wajib kakcik.. tak kurang 3 @ 4 kali sehari kakcik jengah ke sini. Pasti tiga hari nanti, kakcik akan merindui Adik dan rumah Adik ni...

    ReplyDelete
  9. kak zai,
    baru pukul 10tadi makan ubat tidor, ni pukul 12tghari dah bangun. degil betul mata ni.
    dapat 2jam aje tidor.

    kakcik,
    kita ni ada chemistry kot. saya pun enjoy menebeng kat depan pintu kakcik... yer la nanti 3 hari kita tak dapat menebeng...
    tapi pukul 1000, saya makan ubat tidur. Baru pukul 12.00tghari dah terjaga... kacau betoiii mata ni. 2jam aje dapat tidor.. tak berbaloi ler...
    boss keluar sebab nak raikan farewell utk doktor yang nak pindah penang.

    ReplyDelete
  10. Kesihan saya baca penderitaan yang hajah lalui.

    ReplyDelete
  11. kak nora,
    terima kaseh. kalau orang sihat, tak ler jadi masalah...
    takpalah... kena sabau je.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...