



Alhamdulillah Yang, dah selesai Puasa Enam Bulan Syawal Tahun ini.



Sebenarnya sebelum pekena nando, kami dah makan roti canai 2 keping seorang di warta, BBBangi.


Hari ini sepatutnya pagi-pagi dah pergi pasar tani MAEPS di Serdang, tapi melihatkan suami sedap tidur dan telah lama tak dapat tidur lepas subuh, akak pun diamkan aje.... sehinggalah bila jam dah menunjukkan pukul 1115pagi, barulah suami bangun dan kami pun bersiap-siap untuk ke hospital.
Setibanya di unit dialysis, akak terus ke dalam manakala suami pergi ke pejabat pakar untuk menyambung kerja-kerjanya yang terbengkalai. Akak cuma buat untuk tarik air dan proses itu hanya 2 jam. Tepat jam 300 petang, selesai urusan kami pun pulang mengambil anak-anak yangmana kami dah janji nak bawa keluar.
Sememangnya memang dah lama kami tak keluar makan beramai-ramai. Suamiku ingin berbuka puasa enamnya pada hari yang terakhir ini di Nando. Anakku Qibtiah dan Ain perlu dibawa periksa matanya.
Optometrist yang ketiga kami pergi ialah Ikhwan di BBBangi. Yang 2 sebelumnya tiada optometrist dan tutup kedainya. Setelah di periksa matanya, rupa-rupanya Ain tidak perlu memakai cerminmata kerana matanya tidak mengalami kerosakan hanya silau sahaja. Qibtiah pula perlu menggantikan framenya yang sudah hampir patah.
Selesai urusan mata, kami meneruskan perjalanan ke Alamanda.
Sebaik tiba, kami membeli barang makanan untuk anak-anak di Cold Storage. Selesai beli barang keperluan, kami pun menuju ke Nando kerana waktu berbuka sudah hampir. Tiba saja makanan, waktu berbuka pun tiba. Kami pun memulakan makan.
Setelah selesai mengerjakan solat maghrib, suamiku mencadangkan kami menonton wayang. Memang dah lama sejak akak keluar masuk wad, kami tidak menonton bersama-sama anak-anak. Kali ini kami berpeluang menonton kisah Cloudy meatball..... memang menghiburkan anak-anak kerana Ain dan Aisyah ketawa dengan kelucuan cerita tersebut.
Tamat cerita, kami pun mengatur langkah pulang. Penat jugalah kerana kami keluar rumah seawal pukul 1130 pagi dan kembali semula kerumah hampir pukul 1130 malam. Inilah jalan-jalan yang pertama setelah akak keluar masuk wad.
akak..terima kasih yer dtg ke blog saya... tulisan biasa je kak..tak de apa yg menarik pun...
ReplyDeleteDah lama betul kakcik tak masuk panggung wayang..
ReplyDelete