Wednesday, October 14, 2009

Lauk akak hari ni.

Akak kalau makan masak lemak, dari kecik nasi mesti lencun.

Amacam?... Berselera tak?...


Kak Jamilah teman sama dialysis datang membawa bersamanya sebungkus belimbing buluh. Beliau sering membawa belimbing buluh untuk akak bila ada kesempatan. Belimbing itupun bukan dari pokoknya, tapi dari jirannya Cik Soyah... (Akak dah macam kenal cik soyah ni.. selalu di sebut-sebut oleh kak jamilah...). Kami di sini memang rapat antara satu sama lain sebab kami bertemu lebih kerap daripada kami bertemu dengan saudara mara sendiri. Malah ada isteri kepada pesakit menjadikan dirinya sebagai pembantu jika ada pesakit ingin mengirim belikan air, makanan dan suratkhabar.

Bila pulang dari hospital, akak pun lihat dalam peti sejuk ada ikan bawal. Yang sedapnya ikan senangin, tapi takda... bawal pun bawal lah....

Bibik tumbuk cili dengan kunyit...

Akak : Cili padinya lebih ya... saya mahu pedas- pedas....

Dah masak, makan lah. Takda idea nak tambah lauk, ada idea nak makan aja sebab dah terliur dengan belimbing masak lemak cili api.

Sejak akak mengenali kak Jamilah orang Negeri Sembilan, beliaulah yang menunjukkan cara masak lemak cili api tidak menggunakan bawang. Hanya cili api, kunyit hidup di tumbuk. Memang berbeza rasanya sebab dulu akak sering masak guna bawang kecil. Sedap lagi jika tak masukkan bawang.

6 comments:

  1. Salam

    Kalau masak lemak cili api kak Zai pun tak taruh bawang.Dulu kak Zai berjiran dengan kak odah org Negeri 9,dialah yang ajar.Sebut masak lemak senyum lebar hubby kak Zai(hobi dia).

    ReplyDelete
  2. Kak zai,

    Dalam seminggu saya pun mesti ada masak lomak cili api. Selera saya mengikut emak saya yang cukup suka masak lomak cili api. Tapi dia masak pakai periuk tanah (belanga), Ori......

    ReplyDelete
  3. hmmmmmmmmm... meleleh dah air liur kakcik ni (sambil fikir, balik nanti nak masak lauk apa) :)

    ReplyDelete
  4. kakcik,
    Kalau kita tinggal berjiran, boleh saya bagi belimbing lebih tu. Boleh buat gulai dengan telor itik ke....Tak pun lauk ikan masak lomak se mangkuk. Itu lahh... kakcik duduk nun kat cheras... saya kat bangi...
    Tapi kakcik selalu singgah Chow Kit kan.....

    ReplyDelete
  5. Semalam ada kawan bagi telur itik 4 biji. Memang ingat nak masak lemak ngan belimbing buluh. Tapi dah jadi projek tertunda.. tak tahulah bila akan terlaksana. :)

    ReplyDelete
  6. kakcik,
    dah ada telur itik.... ada belimbing tak? masaklomak cili api... sodap....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...