Wednesday, October 28, 2009

Lauk hari ni.

Sup sawi ni, akak tiru kakcik punya lauk....tapi tak letak fishball sebab malas nak pergi kedai.

Sambal udang dengan belimbing.... kena dengan nasi impit tentu lagi sedap....


Kak Jamilah datang dialysis dengan membawa pucuk ubi dan buah belimbing... Biasalah.. kak jamilah ni supplier akak sebab dia yang selalu ingat nak bagi pucuk ubi dan belimbing kat akak walaupun tuanpunya belimbing tu kak Soyah...(akak pun kenal nama ajer.. jumpa pun tak pernah..)

Katanya hari minggu baru ni, anaknya buat pembersihan laman rumah.. habis di tetasnya pokok-pokok ubi. Bila dah kumpulkan pucuk muda, sayang pulak nak dibuang. Kak Jamilah kumpulkan, bagi kat akak isnin lalu. Separuh dari pucuk ubi tu akak minta bibik buat masak lemak kuning dan ada separuh lagi. Hari ni akak masak sambal udang dengan belimbing buluh. Memang bila tiba raya, kat rumah Bik Azai selalu buat sambal udang pucuk tahu dicampur belimbing. Memang sedap... Tapikan, selalu bila raya, puas kami mencari belimbing... selalu dapat sikit sangat. Terkulat-kulat nak makan. Sebiji belimbing belah empat lagi.

Bila kak Jamilah beri sebeban kat akak, haa... puas. Letak belimbing banyak-banyak memang sedap. Voilla.


4 comments:

  1. Terliur Kak Nani, kalau banyak lebeh belimbing..buat jeruk, masukkan cili padi sekali sebiji2...Bila makan sungguh menyelerakan

    ReplyDelete
  2. kak nani,
    maaflah tak dapat nak antar sepiring, terima kaseh bagi idea buat jeruk.. sedap jugak makan nasi panas2...ooopppssss sori...(memang menggeliurkan....)

    ReplyDelete
  3. Kak Zai pun hari ini makan gulai pucuk ubi tapi ready made hubby beli.Sekarang susah betul nak dapat daun yang lembut.Dulu masa kat kampung melambak tapi tak reti makan,dah kahwin MIL yang ajar.

    ReplyDelete
  4. kak zai,
    selalu kalau kita beli pucuk ubi kat pasar tani, selalunya pucuk ubinya sikit aje. Di suruknya daun tua kat dalam, bila kita pilih.... hampa.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...