Tuesday, October 13, 2009

Macamana boleh kenal dengan suami.

Kali ini marilah akak bercerita tentang kisah lama yang paling manis dalam hidup akak. Kisah bertemu jodoh.

Akak ni bertemu jodoh agak lambat lah juga. Kalau kawan-kawan lain bila dah berumur macam akak 27 masa tu, dah ada anak sorang. Akak,... hmmm ke hulu hilir dengan anak tekak, anak mata, anak segala anak... Anak sendiri aje yang takde.

Dah puas bekerja, akakpun teringin nak berubah. Dari seorang yang agak ...(mcmana ye nak kisahkan) akak berubah memakai tudung dan beralih tempat kerja. Kerja-kerja sebagai seorang pembantu naib presiden company tidak lagi akak suka. Akak lihat iklan di akhbar dan terdapat iklan mengenai suatu tempat 'muslim convert' yang sering mengiklankan topik perbincangan mereka pada setiap minggu.

Pada suatu hari akak pun terbuka hati untuk menyertai ceramah yang diberi di suatu rumahkedai di Taman Setiawangsa. Kedatangan akak disambut mesra oleh petugas yang bekerja di situ maka setelah akak mendengar ceramah dari seorang saudara seIslam tapi berbangsa Afrika yang ketika itu bertugas di UIA yangmana beliau setiap minggu akan memberi ceramah keagamaan kepada saudara baru, belum menjadi saudara baru dan juga saudara lama macam akak. .. akak menjadi begitu seronok dan menjadikan setiap hujung minggu tempat itu menjadi kunjungan tetap untuk akak. Perhubungan kami menjadi begitu akrab dan akhirnya akak di tawarkan bekerja di situ kebetulan ada kekosongan.

Bermulalah hidup akak sebagai pekerja NGO dalam bidang 'muslim convert'.

Bersama dengan pertubuhan ini, kami berjaya membawa masuk Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan Saudara Yusoff Islam ( Cat Steven). Kami bekerjasama dalam usaha menyebarkan ugama Islam kepada bukan Islam. Memang seronok dapat menjalankan tanggungjawap dengan penuh ikhlas kerana inilah bidang tugas yang paling akak senang sekali melakukannya.

Setahun akak bersama mereka dan pada ketika itu akak berkenalan dengan seorang saudara baru yang mempunyai bapa angkat yang mempunyai syarikat pelancongan. Melaluinya akak berminat untuk mengambil pakej menunaikan umrah.

Akak : Jika saya nak ambil pakej haji, masih ada ke?
( Tiba-tiba mulut akak ringan bertanya... Asalnya hanya nak tanya pakej umrah ).

Pegawai : Akak nak pergi tahun ini ke?

Akak : Ya, kalau ada saya nak ....

Pegawai : Alhamdulillah, setakat ini kalau akak nak masih ada.

Akak pun mendaftarlah untuk mengerjakan haji pada tahun itu iaitu tahun 1992 yangmana memang terdapat lebih jemaah mengerjakan haji.

Dengan izin Allah, tahun 1992, akak pun diizinkan berlepas ke Mekah untuk mengerjakan haji.

( Nanti akak sambung ).

5 comments:

  1. ala...ada sambung2 la pulakk...potong stim je...hahahahah.....

    bestnyer akak berpeluang jumpa Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat. Saya cuma mendengar ceramah2nya melalui kaset dan youtube je....akak tak bergambar ke dgn Yusof Islam? :)

    Ni jumpa hubby kat mana ni? Kat Mekah ke?

    ReplyDelete
  2. ASW,
    kalau kat tv, kan ada iklan... kalau cerita laju sangat... takda detailnya...
    Memang best dapat jumpa sheikh deedat secara berdepan, wajahnya putih bersih (orang beriman)gitu... kami staff perempuan mana nak bergambar-gambar, malu lah. Setakat menyampaikan hadiah dan berkirim salam untuk isterinya adalah. Rupanya pun putih bersih.
    Haa.... nak cerita lebih lanjut... akak sambung nanti.

    ReplyDelete
  3. Ala.....bersambung la pulak....ish....ni yang maleh ni nak tunggu ni...cepat nya buat siaran balik.....

    ReplyDelete
  4. 3E,
    kenalah cerita sikit-sikit. nanti boring lak..

    kakcik,
    tv astro pun pakai iklan. ini pulak tv persendirian.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...