Friday, October 2, 2009

Nasi lemak punya hal...

Dah mula nampak sesak tapi tak boleh lari kemana-mana - redah ajelah labu...




Sejak akak membaca blog, ada juga bloggers yang menceritakan keenakan nasi lemak di kampung baru. Dewan Sultan Sulaiman... Masa akak sekolah menengah dulu, itulah sekolah akak... tapi namanya Sek Men Keb Kg Baru, Jalan Stony, Kampong Baru, Kuala Lumpur. Sejak kejayaan keputusan SPM tahun 1981 (tahun akak), maka sekolah tersebut ditukar nama Sekolah Menengah Putri Wilayah.

Setelah 30 tahun meninggalkan bangku sekolah, malam ini untuk pertama kalinya akak datang semula ke kawasan sekolah tersebut kerana terdapat kedai makan yang menjual nasi lemak.Dahulunya premis tempat jualan nasi lemak itu adalah sebahagian daripada padang Kelab Dewan Sultan Sulaiman dan disitulah tempat kami berlatih untuk rumah sukan dan latihan sukan sekolah.

Cerita tentang nasi lemak pulak.

Kami keluar rumah selepas solat maghrib, sebaik tiba di Lebuhraya seremban-sungai besi di persimpangan UPM, tiba-tiba kelihatan kesesakan jalanraya menghala sungai besi. Nak tukar haluan dah tak sempat... terikut-ikutlah juga melayan jalan yang sesak dengan kereta itu.

Akak teringat ada nombor Plus, terus talipon bertanyakan kisahnya kenapa boleh sesak dan sehingga mana? Menurut pegawai yang bertugas ada kemalangan dan ada mayat di tepi jalan sedang di uruskan dan jalan ditutup satu lorong. Lama juga kami tersangkut dalam kesesakan itu. Selepas kawasan Shell, maka lalulintas bergerak lancar. Tapi kelihatan di laluan sg. besi menuju ke seremban pula mengalami kesesakan.

Setibanya di kawasan kg. baru, kami yang tak pernah mencuba nasi lemak yang dikatakan sangat sedap itu pun cuba mencari-cari sambil mengelilingi Bangunan Dewan Sultan Sulaiman, rupa-rupanya di sudut padang berhampiran Sekolah Rendah Kg Baru. Setelah dapat tempat parking, kami pun menuju ke kedai tersebut. (Parkingnya ada jaga tak bertauliah... kena bayar walaupun memang tahu sebenarnya percuma tapi terpaksa keluarkan duit juga sebab mereka dah bersusah payah menunggu.. takut dicalarnya kereta pula nanti kalau kita tak beri RM1.00).

Tiba di kedai makan tu, memang ramai orang. Cari tempat duduk dan kena beratur untuk ambil makanan. Mulanya tersedia nasi lemak dah siap bungkus. Di meja sebelahnya pula terdapat berbagai-bagai jenis lauk. Ada ayam, sambal sotong, ikan keli pucuk paku, sambal telor, sambal ikan bilis, ayam goreng dan berbagai-bagai jenis lauk lagi.

Setelah mengambil lauk yang diingini, kena singgah di bahagian air dan kemudian barulah ke meja juruwang.

Sebaik membuka nasi, apalagi teruslah makan....

Akak tidaklah lorat sangat. Tapi mengikut piawaian tekak akak, nasi lemak ni biasa-biasa saja.

Nanti akak tunjukkan tempat akak selalu makan. Nasinya betul-betul dikukus... Bau sambalnya pun sudah boleh buat lapar...Siap ada kangkong lagi....

11 comments:

  1. rajin k.rahmah n abg kahar jln2 cari makan ya :)
    tp betul kata akk, kat dewan s.sulaiman tu nasi lemaknya biasa2 saja, mungkin ramai yg suka pilihan lauknya yg banyak kot ...

    walau apa pun, kg baru mmg food's heaven
    cuma kadang kala sy ragu2 sbb ramai betul org asing yg berniaga, pernah dengar ttg mandrem pelaris dll ...

    wan

    ReplyDelete
  2. Adoi... dah banyak kali datang komen... harap2 yang ini diterima, hu hu..

    Nasi lemak ? Dah lama Tie tak masak... Sejak puasa ni.. Tengoklah nanti, esok2 boleh start masak2 pulak...

    ReplyDelete
  3. Uwaaa..... dekat 10 kali datang , barulah dapat komen...hehe..

    Dulu nasi lemak memang ada sayur kangkong... Sekarang tak de jumpa pulak. Mungkin kat ganu ni nasi lemaknya simple.. Guna sambal ikan tongkol. Tie tak berapa gemar.. suka sambal ikan bilis atau udang atau sotong..

    ReplyDelete
  4. salam wan,
    semenjak dua menjak akak kena penyakit tak selera makan dulu... abg kahar rajin ikut pegi cari tempat makan, tapi nasi lemak kg baru tu mmg biasa2 aje...mungkin betul kata wan, penangan mandrem aje yg buat ramai org dtg makan.

    salam tie,
    terima kaseh kerana berjaya melepasi pintu pagar akak... kalau tie dtg KL, akak belanja nasi lemak kukus...daun pisang... best pakai kangkung. Power!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Err...betul ke nak belanja ni ? Waakakaaa...

    Tak pe .. nanti bila sampai, Tie antor telegram, ekekeke......

    ReplyDelete
  6. Kalau nasi lemak kat Kg Baru yang nama dia Nasi Lemak Antarabangsa tu ada juga pergi rasa nasinya biasa2 aje tapi anak tak suka sebab tempatnya kurang selesa.

    ReplyDelete
  7. Tie...
    Betul, jemputlah datang KL, akak bawa pergi makan nasi lemak Kg Baru (BUKAN antarabangsa). Nama kedai tak da.. nama tokey Kak Sham... Memang terangkat punya. Sambal dia.. nasi dia dikukus...
    bagi kangkong rebus lagi...

    Zaitun,
    Memang nasi lemak antarabangsa tu dah rasanya biasa-biasa je... tapi yang akak syorkan ni, memang dari tahun 70an arwah ibubapa kak sham tu dah menjual nasi lemak (dulu lagi sedap..ada kari kerang lagi...) sedap. Tapi dia menjual waktu pagi kecuali hari isnin. By pukul 1100pagi dah habis... Kalau Tun ada kat KL, bagitau akak, kita pergi sama-sama. Janji oK?...

    ReplyDelete
  8. Salam kak. Thanks sudi singgah blog saya. Nanti bolehlah kita saling kunjung mengunjung ye....

    ReplyDelete
  9. Salam pn hazila,
    Terima kaseh kerana sudi singgah di blog ini. Kita akan saling kunjung mengunjung....
    Wassallam.

    ReplyDelete
  10. sekarang saya dah kurang makan nasi lemak..makan oat dgn roti wholemeal jer banyak..bukan sebab nak tukar selera mat saleh..tapi sebab kesihatan kak..huhu

    ReplyDelete
  11. salam pinetbate,

    akak kalau sihat walafiat memang suka makan quaker oat... bila mula sakit buahpinggang, berat badan akak menurun sampai 49kg drp 70kg. Langsing you.. tapi isi kat punngung pun dah takda. Kalau duduk kat kerusi takda kusyen... azab dan derita.
    Suami akak takbagi makan nasilemak selalu, tapi sekarang.... ikutkan aje.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...