Tuesday, October 6, 2009

Restoren Anwar Seafood Kampong Baru.






Akak dah bertahun mengenali keluarga Anwar Seafood. Pada mulanya semasa akak bertugas di sebuah syarkat pembinaan di Selayang Baru pada tahun 1985, akak mengenali kakak kepada Anwar yang membuka sebuah gerai kecil-kecilan menjual masakan tomyam. Akak sering membuat tempahan makanan tengahari untuk dihantar ke pejabat akak waktu makan tengahari dan jika akak perlu bertugas hingga petang, sekali lagi akak akan meminta mereka menghantar makanan ke pejabat. Makanan yang menjadi kegemaran akak pada masa itu ialah mee hoon tomyam dan sambal belacan.

Setelah kami berkenal mesra dan akakpun diberitahu keluarga mereka ada membuka sebuah restoren makanan thai di Kampong Baru. Memandangkan akak memang berasal dari Kampong Baru, akak pun mengambil alamat restoren tersebut. Sejak dari hari itu akak menjadi pengunjung tetap ke restoren tersebut bersama-sama beberapa orang teman baik. Kedudukan restoren tersebut pada awalnya di Jalan Raja Abdullah (Dahulunya Jalan Hale) berdekatan dengan Jambatan Sungai Bonus.

Setelah restoren itu maju dengan rancaknya, tuan punya tanah tempat mereka menyewa ingin kembali tanah tersebut. Lalu taukeh restoren thai itupun mencari tapak baru untuk meneruskan perniagaannya. Mereka berjaya membeli sebidang tanah dan rumah di Jalan Yahya Sheikh Ahmad (dahulunya Jalan Watson) berhampiran Jalan Daud. Dari situlah mereka berjaya sehingga hari ini.

Sebaik sahaja akak selesai keluar dari IJN, tempat pertama yang kami pergi untuk makan malam ialah Anwar Tomyam. Kebetulan 2 orang anak taukeh restoren iaitu Fauziah dan Sofiah ada di kedai ternampak akak dan terkejut melihatkan akak yang dahulunya montel telah menjadi begitu kurus.( Daripada 72kg..turun kepada 52kg ). Kami memang telah lama mengenal sejak dari akak muda dan mereka hanyalah budak sekolah.. sekarang masing-masing telah mempunyai 4 orang anak. Kami juga pernah dijemput sewaktu majlis perkahwinan Sofiah bertempat di Restoren Anwar.

Memang sesuai dengan selera akak masakan tomyam yang disediakan oleh Anwar Tomyam. Sup Tomyamnya putih bersih tetapi sungguh sedap begitu juga daging masak merah. Memang rasanya tidak berubah sejak dari dulu.

Nasi...
Sambal belacan

Tomyam udang dan sotong

Kailan ikan masin

Daging masak merah

9 comments:

  1. Nyum...nyum... sedapnyeeeeee...

    mintak sikit, boleh? :)

    ReplyDelete
  2. alamak kak....sedapnya semua...semua tu fav saya tu huhu...

    ReplyDelete
  3. Kakcik,
    Kalau kakcik ke chowkit, singgahlah di Anwar Tomyam kat Kg Baru. Kakcik tinggal kat mana?.. Kalau kita jumpa kat Anwar tomyam, boleh saya bagi cikit daging masak merah...

    Salam Mi,
    Jom, kita makan di anwar tomyam. Akak belanja.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah kak Zai akan berkunjung ke Restoren Anwar Seafood.Selalu kalau nak makan tomyam kak Zai akan ke Juara tomyam kat Kg Baru juga.

    ReplyDelete
  5. Salam kak zai,
    Kalau ikut tekak saya lah... saya pernah makan kat juara, tapi dahlama dulu.... kat anwar lagi sedap... tapii masing-masing punya selera sendiri kan. Nak diingatkan juga, daging masak merah adalah asalnya lidah lembu kalau di anwar tomyam.. kat tempat lain depa bagi daging lembu biasa. Potong tebal2... tak sedap sangat. Kalau lidah lembu, potong nipis2... meamng sedap.

    ReplyDelete
  6. salam..

    nanti boleh lah belanja kita kat sini...hhahahaa tapi tak mo lidah lembu laaa...geliiiii

    ReplyDelete
  7. Okay set.... kak ezza. Saya belanja tomyam kat sini. Sebut je bila...

    ReplyDelete
  8. saya dah mula geram dah ni. akak asyik pergi jalan2 cari makan je niiii....tengok tomyam jernih tu, tak tahannnnn...sabor je le!

    ReplyDelete
  9. asw,

    akak ni mmg suka JJCM... marilah JJCM shama-shama....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...