Tuesday, October 13, 2009

Suamiku.

Ada cerita kelakar yang akak nak kongsi sama-sama kat sini, tentang suami akak yang memang kelakar.

Hari ini adalah hari Jantung Sedunia yang di di sambut di Hospital Serdang. Suami akak memang berusaha untuk menjadikannya suatu acara yang paling berjaya yang dianjurkan olehnya.
400 orang telah datang menjalani saringan kesihatan jantung mereka.

Selesai sambutan, suami akak pun berusaha mengumpul 5 biji belon berbentuk jantung untuk keempat-empat anaknya.
Sebaik mendapatkan belon-belon tersebut, suami akak terus simpan di dalam keretanya.

Semasa dalam perjalanan pulang, suami akak baru menyedari yang minyak petrol kereta dah kosong. Terus tanpa berfikir, suami akak menurunkan tingkap... Apalagi, keluarlah kesemua lima biji belon untuk anak-anaknya.

Pesannya, jika ada sesiapa terjumpa 5 biji belon berbentuk hati di Lebuhraya Silk daerah Kajang... sila hantar ke balai polis berdekatan.

Haa... haaa... haaa.

( Depan dia akak simpati.... Di sini.... kelakarnya...)

6 comments:

  1. Salam Akak,
    That's a good one. Jantungnya sudah terbang melayang....Have a nice evening!

    ReplyDelete
  2. hhahah 5 bj belon msti dh trbang ke udara yg tinggi........mane lah nk dapek tuuuuuu

    ReplyDelete
  3. Kak Nora dan mimie loma,
    BIla suami cerita dengan expressionnya... kesian sangat...
    Boleh dia terlupa terus buka tingkap :)?

    ReplyDelete
  4. wakah kah wakah...hihihiii(tgh gelak sakan ni).....jgn mara ya ibu n abah. Lawak citer tu.....tapi saya rasa mesti belon2 tu ntah terbang melayang ke mana2......

    ReplyDelete
  5. wakakaka... kakcik nak tumpang gelak ni!

    syyyyhhhhhh... adik, jangan cakap kat suami yang kakcik tumpang gelak ni tau.. :)

    ReplyDelete
  6. 3E,
    memang kesian... bapa mithali hilang belon. Pagi tadi lalu kat situ, suami akak suruh pandang2 kot2 ada.

    kakcik,
    kalau kakcik sendiri dengar dia cerita, lagi funny. Itulah suami mithali saya.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...