Thursday, October 15, 2009

Teman jadi saudara.


Along Siti Sariah


Kak Aini dan Zuraida



Allahyarham Iqbal


Akak dah lama berkira-kira nak muatkan cerita ini tetapi mengenangkan akak tidak dapat meletakkan gambarnya di sini, akak tak jadi. Hari ini sebaik akak dah ada pembantu iaitu QEEB yang rajin menyalin gambar lama ke dalam komputer, akak pun terus mendapat idea untuk menulis cerita ini.

Pada awalnya kami bertemu awal 1980. Kami mewakili sekolah masing-masing dalam persatuan Bulan Sabit Merah. Setiapkali ada mesyuarat dan kegiatan unit beruniform, maka kami lah yang akan mewakili sekolah kami kerana kamilah pengerusi persatuan sekolah masing-masing.

Pertemuan yang kerap membuatkan hubungan kami menjadi rapat. Dalam pada itu kami sering meluangkan masa dengan bermain tenis, menonton wayang, berjogging dan pergi ke perpustakaan bersama-sama. Serasi betullah.

Semasa ibu akak meninggal, akak di pelawa untuk tinggal bersama keluarga mereka di Bukit Damansara. Di sinilah akak merasa bagaimana hidup bagai mempunyai adik beradik dan anak saudara. 3 orang anak saudaranya yang sama-sama tinggal di situ, juga telah menjadi bagai anak saudara akak. Kakaknya kak aini, bagai kakak akak dan juga kakak sulungnya bagai emak untuk kami semua. Ibunya juga bagai ibu akak dan abang-abangnya juga bagai abang akak ( tapi abang-abangnya tidak tinggal bersama di sini...).

Seorang anak saudaranya yang paling kecil dan comel ketika itu menjadi bagai kawan rapat akak. Kemana saja ada dia, adalah akak... Akak rajin melayan kerenahnya kerana mudah di layan serta bijak.

Sehinggalah ketika usianya baligh, timbullah perasaan malu dalam dirinya untuk bermanja-manja seperti dahulu.

Iqbal pernah mengalami kegagalan jantung dan mendapatkan rawatan memasang bateri di jantungnya. Berikutan dengan penyakit jantungnya, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada bulan Disember 2006 dalam usia 27 tahun dan ketika kami sekeluarga berada di Hanoi, Vietnam.


Alfatihah buat Allahyarham Iqbal bin Ismail. Allahyarhamah Puan Sharifah Esah dan Allahyarham Wan Abdul Wahab bin Haji Abu.

4 comments:

  1. Salam Adik...

    pagi-pagi, tak sah kalau kakcik tak singgah dulu kat rumah adik ni :)

    Buat semua yang telah mendahului kita ke sana... semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Aminnnn....

    ReplyDelete
  2. salam buat kakcik pagi jumaat ini,
    sama lah juga dengan saya. tak boleh kalau tak jengah pintu kakcik, mesti singgah....
    kalau kita dekat, saya sure menebeng kat rumah kakcik.....

    ReplyDelete
  3. Bila dah menebeng sama-sama, macam-macam boleh diceritakan.. Mungkin topik utama, selain anak-anak.. mesti pasal penyakit! :)

    ReplyDelete
  4. Kakcik,
    memang topik utama kita.. lauk hari ini dan sakit2 kita....
    tukar2 note pulak ttg penyakit...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...