Thursday, October 1, 2009

Blog punya hal.

Sejak akak dah berkenalan dengan dunia blog ni, routine akak dah banyak berubah.
Kalau dulu, lepas balik dialysis, relax aje menonton HBO ke, Cinemax ke, Star Movie ke dan yang wajibnya adalah tiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 5.00ptg mesti menonton ER. Tapi kini, dah sebulan akak tak tengok TV...

Bila baca blog yang ada bagi resepi, maka akakpun dapat idea nak masak apa. Dah jadi rajin nak mencuba.

Bila baca kisah keluarga, rasa dapat pelajaran baru. Macam-macam cerita bloggers tentang kisah hubungan mereka anak beranak, dengan kedua ibubapa mereka, adik beradik, suami isteri... banyak boleh dijadikan panduan buat akak. Memang menarik...

Apapun untuk semua blog yang sudah akak baca..... selamat berkenalan dan semuga banyak lagi kisah-kisah yang menarik dapat dipaparkan untuk semua.


4 comments:

  1. Salam akak....
    3E tumpang lalu singgah kat blog akak ni....nanti kita linkkan akak punya blog dengan kita ya....

    ReplyDelete
  2. Betul. Saya pun dulu hari2 asyik baca blog orang lain. Until hubby said, why dont you create your own blog? Tapi bila saya dah create my own blog, rasa2nya dia pulak menyesal kot sebab kerja lain tak jadi...asyik mengadap laptop aje ! hehehe....

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan. I lompat dari rumah 3E. Terima kasih kerana menulis pasal restoran Cina (halal) kat Summit yg dah tutup tu. Rumah I dekat aje kat situ.

    You kena dialisis 3x seminggu? Kerana kencing manis ke?

    ReplyDelete
  4. Salam semua,
    Terima kaseh kerana sudi menyinggah kat umah ni...
    Buat 3E,
    Akak cukup kagum sebab kepandaian 3E buat kek dan cekap memasak lauk. Sedikit sebanyak, membuatkan akak rajin lah sikit nak masak sekarang ni. Nanti bagilah resepi buat kek chiffon.
    Buat aint-super-woman,
    Suami akak memang menggalakkan akak guna computer lebih-lebih lagi bila akak kena duduk 4jam sebelah mesin dialysis 3x seminggu. Memang banyak masa nak buat blog...
    Buat somuffins,
    Akak kena penyakit buahpinggang akibat dari penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kalau ikutkan, memang terkawal... tapi nak terkena jugak. Setahun jugalah akak nak menerima hakikat kena bergantung pada mesin untuk cuci darah.... Tapi mujurlah ada staff Dialysis yang perihatin. Ajar buat blog, ada yang ajar cucuk tanam dan bela ikan lagi....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...